TERIMA ugutan bunuh punca pelawak Harith Iskander membatalkan persembahan komedi berdiri DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam Sabtu. Bekas isteri yang juga pengurusnya iaitu Dr Jezamine Lim memberitahu pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi kata Dr Jezamine, ugutan itu melihatkan keselamatan tiga anak-anak mereka. Harith masih lagi mengunci mulut berhubung isu sedang hangat. “Saya dan Harith amat kecewa dengan pembatalan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas tetapi selepas berbincang, ia adalah keputusan terbaik untuk kami dan keluarga. "Minggu lalu saya menerima ugutan bunuh yang ditujukan kepada saya tetapi apa lebih membimbangkan adalah ancaman terhadap anak kami. "Bagi saya mereka yang mengancam anak-anak kami yang tidak bersalah adalah perbuatan keji, pengecut dan tidak berperikemanusiaan. "Laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dilakukan, saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP batal ARTIKEL BERKAITAN: Jakim tidak kompromi isu persenda agama, bakal panggil Harith Iskander Dr Jezamine berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu. Berkongsi lebih lanjut, Dr Jezamine berkata keputusan tersebut dilakukan selepas berbincang dengan pihak DFP yang turut memikirkan keselamatan orang ramai. Katanya, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan Harith dan anak-anaknya sudah menghabiskan masa lama untuk membuat persiapan persembahan pada malam itu. Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah. DR JAZMINE LIM PENGURUS "Disebabkan ancaman ini dan serangan dalam talian tanpa henti daripada individu tertentu, DFP dan Harith bersetuju bahawa adalah lebih baik tidak meneruskan persembahan itu seperti dirancang. "Keputusan ini tidak dibuat dengan mudah. Harith telah mencurahkan persiapan dan kerja keras selama berbulan-bulan ke dalam persembahan ini dan melihat ia dibatalkan menyedihkan hatinya. "Dan amat mengecewakan kami semua kerana Zander dan Zydane sepatutnya menjadi sebahagian daripada aksi pembukaan persembahan itu," katanya lagi. Antara persediaan yang dilakukan Harith. Dalam pada itu, Dr Jezamine turut meluahkan rasa kecewa apabila orang ramai bersikap keterlaluan disebabkan terlalu emosi. Katanya, sikap yang ditunjukkan bukanlah sesuatu yang diajar oleh agama Islam. Pada Jumaat, pihak DFP menerusi kenyataan kepada media memaklumkan program berkenaan terpaksa dibatalkan atas sebab tidak didedahkan. Tangkap layar status yang dimuat naik Harith. Sebelum itu, Harith membuat satu hantaran di Facebook milikya mengandungi gambar secawan kopi yang tertera ‘Ham Sap Kopi’ beserta kapsyen didakwa membuka ruang kepada netizen memberikan komen mempersenda serta menghina kesucian agama Islam. Susulan hantaran itu, terdapat akaun menggunakan nama Cecelia Yap Song meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Selain Shahrol Shiro membuat laporan berhubung perkara tersebut pada Isnin lalu, pihak polis turut menerima 16 aduan mengenainya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!