suria

Jakim tidak kompromi isu persenda agama, bakal panggil Harith Iskander

Lawak Harith didakwa membuka ruang agama dipersenda.

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak Harith Iskander bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kontroversi dakwaan lawak selebriti itu membuka ruang agama dipersenda.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga sudah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan serta tindakan lanjut selepas perkara itu menimbulkan keresahan umat Islam negara ini.

Malah tambah Sirajuddin, Jakim juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.

NP - 2025-01-23T091805.580

Harith didakwa membuat lawak yang membuka ruang agama dipersenda.

"Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam serta menyinggung sensitiviti umat Islam.

"Diharapkan semua pihak dapat mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Sirajuddin, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan negara haruslah dihormati pada setiap masa.

"Ia bukanlah alasan untuk masyarakat tidak menjalani kehidupan yang harmoni dalam situasi masyarakat berbilang kaum dan agama," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro dah buat laporan polis, dakwa lawak ditulis Harith Iskander buka ruang agama dipersenda

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pelawak baharu tapi buat ‘live’ hancur, tiada siapa mampu jadi Harith Iskander di pentas ‘stand up comedy’

Sebelum ini, Harith membuat satu hantaran di Facebook milikya mengandungi gambar secawan Ham Sap Kopi dengan beserta kapsyen yang didakwa membuka ruang kepada netizen memberikan komen yang dianggap mempersenda serta menghina kesucian agama Islam.

Disebabkan itu, terdapat akaun bernama Cecelia Yap Song KL meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap nama Muhammad.

Susulan itu pelawak Shahrol Shiro juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada Isnin lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain