suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tiada apa nak cakap buat masa ini“ - Norreen Iman jawab kecaman buka tudung

Perubahan imej Norreen terus menjadi bualan ramai.

SELEPAS penampilan terbaharunya yang dikatakan tidak lagi berhijab menjadi bualan ramai, pelakon Norreen Iman tampil memberi respons ringkas dengan enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Ketika dihubungi mStar pada Selasa, Norreen, 32, berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai isu berkenaan.

"Tiada apa yang saya nak cakap buat masa ini," jawabnya ringkas.

Norreen memilih untuk tidak mengulas panjang isu buka tudung. 

Malah, pelakon itu turut memaklumkan dia sedang sibuk dan tidak dapat bercakap lama.

Nama Norreen menjadi sebutan selepas dia secara terbuka berkongsi gambar dengan penampilan terbaharu tanpa berhijab.

Tindakan Norreen itu mengundang pelbagai reaksi termasuk luahan rasa kecewa daripada peminat yang terkejut melihat dia tidak lagi bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Norreen Iman ‘tanggal‘ tudung bikin netizen keliru 

ARTIKEL BERKAITAN: Buka tudung isu sensitif, Imranul Effendy hormat keputusan Norreen Iman... Doa terbaik untuk kakak

Sebelum itu, menerusi satu hantaran di Threads, Norreen turut memuat naik status memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang cerita yang boleh mendatangkan fitnah.

"Doakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau dah level sampai fitnah, ini melebih," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain