SEMPENA meraikan tiga dekad dalam industri seni, kumpulan nasyid Hijjaz bakal mengimbau nostalgia peminat menerusi Konsert Rindu Sumayyah yang dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 16 dan 17 Oktober depan.Konsert anjuran Inteam Records itu bakal menyaksikan Hijjaz mempersembahkan kira-kira 30 buah lagu dengan sebahagian besarnya terdiri daripada karya-karya malar segar yang cukup dekat di hati peminat. Menurut anggota Hijjaz iaitu Isman Isam, 57, pemilihan lagu kini berada di peringkat akhir namun mereka memberi jaminan lagu-lagu popular yang menjadi identiti kumpulan itu tidak akan diitinggalkan.Hijjaz bakal rai ulang tahun ke-30 dengan Konsert Rindu Sumayyah.“Lagu-lagu lama memang akan dimasukkan dalam konsert nanti. Dalam konsert itu ada lebih kurang 30 buah lagu.“Kebanyakannya adalah lagu hits dan nostalgia Hijjaz. Lagu baharu dalam album ini akan dimasukkan juga, mungkin satu atau dua lagu. Masih dalam peringkat pemilihan akhir,” katanya kepada mStar.Isman berkongsi perkara itu ketika sidang media pelancaran album terbaharu Hijjaz berjudul Akhir Bersamamu dan pengumuman Konsert Rindu Sumayyah.Sementara itu, anggota Hijjaz, Munif Ahmad, 52, tidak menolak, penganjuran konsert tersebut dibuat berikutan kebangkitan semula industri nasyid yang kini kembali mendapat perhatian ramai.Katanya, kejayaan beberapa konsert nasyid kebelakangan ini memberi keyakinan kepada mereka untuk tampil dengan konsert berskala besar bagi meraikan perjalanan 30 tahun Hijjaz dalam industri muzik.ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani komited hidupkan industri nasyid, perlu sokongan untuk lebih meriah ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Inteam ‘sold out’ dalam masa 2 jam, peminat minta tambah hari"Banyak artis nasyid yang mengadakan konsert dan mendapat sambutan yang sangat baik.Hijjaz sendiri merupakan satu nama besar dan sudah bertapak selama 30 tahun dalam industri. "Insya-Allah, saya rasa konsert ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat Hijjaz sendiri. Keyakinan itulah yang menggerakkan kami untuk menganjurkan konsert ini,” ujarnya.Dalam pada itu, Munif berkata, konsert berkenaan bukan sahaja menampilkan persembahan Hijjaz, malah turut melibatkan kumpulan-kumpulan yang lahir daripada legasi dan bimbingan mereka.“Konsert ini bukan Hijjaz sahaja yang akan membuat persembahan, malah legasi anak-anak didik kami turut serta.“Konsert ini akan menampilkan hasil buah tangan dan kejayaan mereka seperti kumpulan Inteam, Mustika dan Ae-Man,” kongsinya.Konsert Rindu Sumayyah diinspirasikan daripada kebangkitan semula nasyid dalam muzik tempatan.Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd Johari Md Nordin atau lebih dikenali sebagai Johan Cruyff berkata, pihaknya berbesar hati menerima penganjuran konsert berkenaan selepas Istana Budaya kembali beroperasi susulan kerja-kerja naik taraf selama dua tahun setengah.Katanya, daripada ratusan permohonan yang diterima, Hijjaz dipilih kerana mempunyai nama besar dan diyakini mampu memberi impak positif kepada industri hiburan tempatan.“Konsert berskala besar seperti ini, insya-Allah, akan memberikan impak yang positif kepada industri. Di peringkat Istana Budaya, kami amat mengalu-alukan persembahan yang cemerlang,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!