suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shila Amzah mahu menari lincah di pentas konsert jubli perak

Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama Live in Concert bakal berlangsung pada 15 Ogos depan.

PENYANYI Shila Amzah menjanjikan kelainan luar biasa sempena konsert solonya, Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan di Arena Of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Shila, atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 37, berkata, dia berhasrat untuk menampilkan sisi berbeza dirinya yang jarang ditonjolkan kepada umum termasuklah beraksi lincah menari di atas pentas.

“Saya sebenarnya sangat suka menari. Jadi untuk konsert kali ini, saya mahu lebih banyak persembahan yang membolehkan saya bergerak aktif di atas pentas.

Shila janjikan kelainan untuk konsert solonya.

“Sering kali orang hanya mengenali saya dengan lagu-lagu galau, lagu berentak perlahan dan sebagainya. Namun sebenarnya, dari segi variasi vokal dan pergerakan sebenar, saya kurang mendapat peluang untuk menari sebelum ini,” katanya kepada mStar

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama di The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong pada petang Rabu. 

Selain menari, Shila juga bakal mendedikasikan segmen khas sebagai penghormatan kepada tiga sosok legenda muzik yang banyak membentuk dan menginspirasikan perjalanan 25 tahun karier seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tulis lagu baharu kisah bapa tak bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang kedua buat Shila Amzah, kerjaya seni semakin rancak... Konsert solo di Thailand dan Filipina

Tiga ikon muzik itu ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Michael Jackson dan bintang terkenal Taiwan kelahiran Malaysia, Fish Leong.

“Fish Leong merupakan seorang penyanyi legenda Cina yang sangat hebat dan telah berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke Taiwan sejak era tahun 2000-an lagi. 

"Bagi saya, sosok-sosok inilah yang betul-betul memberikan inspirasi kepada saya sehingga mampu bertahan ke tahap ini,” jelasnya.

Kita bakal melihat peminat berbilang kaum berkumpul nanti.

SHILA AMZAH

PENYANYI

Mengulas mengenai pemilihan barisan artis jemputan, Shila memilih Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Balan Kash dan Kidd Santhe kerana menganggap ia bersesuaian dengan tema konsertnya iaitu 'Kita'.

“Adalah sangat tidak wajar untuk kita tidak menampilkan rakan-rakan daripada golongan industri kita sendiri. Antara nama pertama yang terlintas di fikiran saya adalah Mimi Fly dan Hael Husaini.

“Manakala untuk DJ Fuzz, abang Balan Kash dan Kiddsanthe pula, ia disebabkan saya mahu mencuba sesuatu yang baharu iaitu berada di dalam kelompok muzik hip hop. Ini adalah waktu terbaik untuk saya bereksperimen dan belajar banyak perkara baharu,” ujarnya.

Konsert Shila dapat sambutan hangat daripada peminat luar dan dalam negara.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan peminat mengenai gandingan Tiga Suara di pentas tersebut, Shila menjelaskan perkara tersebut tidak akan berlaku. 

Tiga Suara kali ini memang tiada. Sebenarnya ramai pihak yang datang mendekati saya, Jaclyn Victor dan Ning Baizura untuk menganjurkan konsert bersama.

“Tetapi kebanyakan masanya, tawaran atau perjanjian yang diberikan itu kurang menarik dan tidak berbaloi. Disebabkan itulah kami masih belum mempunyai konsert khas bertiga sehingga hari ini,” jelasnya. 

Shila turut meluahkan rasa syukur apabila tiket konsertnya itu mendapat sambutan hangat daripada peminat luar negara termasuk dari China.

Shila bakal persembahkan sekitar 40 lagu. 

“Ada peminat dari China yang sudah membeli tiket untuk ke Genting. Malah, dalam masa yang sama, tiket untuk siri jelajah saya di China pun baru sahaja dibuka hari ini. Memang keadaan sekarang sangat sibuk, peminat saya pun dah macam 'sotong' nak dapatkan tiket. 

"Alhamdulillah, kita bakal melihat peminat berbilang kaum akan berkumpul nanti. Bagi keseluruhan konsert ini, kami akan mempersembahkan sekitar 40 buah lagu. 

"Saya jangkakan dalam 17 ke 18 lagu adalah dalam bahasa Mandarin, manakala selebihnya merupakan campuran lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain