BERKONGSI demo lagu terbaharu, penyanyi Shila Amzah menulis luahan tentang kisah seorang bapa yang digambarkan tidak bertanggungjawab. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagaram Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 36, memberitahu ibunya, Fauziah Sarman turut menangis mendengar lagu tersebut. “Mama menangis tadi,” tulisnya ringkas. Ibu Shila, Fauziah (kanan) tersentuh hingga menangis mendengarkan demo lagu baharu anaknya.Tidak memberikan tajuk lagu tersebut, Shila sekadar menulis ‘coretan anak’ sebagai judulnya.Bait-bait lagu berkenaan turut menceritakan tentang kecurangan sehingga memberikan kesan pada keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah pembawa talasemia, doktor beri saranan elak hamil… Cukup dua anak ARTIKEL BERKAITAN: Selalu nyanyi lagu iklan ‘ibu, ibu’ punca Shila Amzah jadi penyanyi... Imbau perjalanan 25 tahun sebagai anak seni Hubungan Shila sekeluarga menjadi keruh sejak bapanya, penyanyi ND Lala (kiri) berkahwin kali kedua.“Ayah, seandainya duit bukan punca. Seandainya judi bukan punca. Namun perempuan itu adalah punca. “Ayah, kau serah segalanya pada mama. Harusnya tanggungjawab bersama. Apakah kau lupa menjadi nakhoda,” ungkapnya pada lagu berkenaan.Kisah keluarga Shila sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila bapanya iaitu penyanyi Datuk ND Lala berkahwin dua dan kemudian menceraikan Fauziah pada Ogos 2023.Wanita yang menjadi isteri kedua ND Lala dikatakan adalah bekas rakan sekolah Shila sendiri iaitu Siti Munirah Abdul Ghani.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!