PENGARAH Michael Ang meluahkan rasa kesal apabila ada dalam kalangan pihak produksi yang mengambil mudah berkaitan urusan kerja sehingga memberi kesan kepada barisan pelakon. Bagi Micheal, 50, istilah ‘terlepas pandang’ tidak seharusnya dijadikan alasan apa lagi perkara tersebut sudah sering berlaku ketika dia bertindak sebagai pengarah. “Saya memang nak haramkan kata-kata terlepas pandang itu. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali berlaku kepada saya,” katanya kepada mStar. Luahan Michael di Instagram. Michael ditemui ketika sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama terbaharu arahannya berjudul Wish List. Dia sebelum itu turut meluahkan perkara sama di laman Instagram miliknya namun tidak menyebut sebarang nama. Michael memberi gambaran perkara yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan penyusunan jadual pelakon yang ada ketika tidak teratur.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Biasalah artis kena saman”... Michael Ang serah kepada peguam isu tuntutan bayaran RM500,000 ARTIKEL BERKAITAN: Langgar kontrak, Armani Entertainment minta Michael Ang bayar RM500,000Biarpun begitu dia sedar perlu bersikap profesional di lokasi penggambaran agar proses kerja berjalan lancar. “Saya telan sahajalah semua itu. Kalau nak marah atau halau nanti saya sendiri yang susah kena ulang semula kerja. “Selepas habis kerja, saya buang memori itu dan anggap orang tersebut tidak wujud. Michael mengamal sikap profesional ketika mengarah. “Daripada nak bergaduh-gaduh, lebih baik saya biarkan. Begitu juga kalau pelakon tak berdisiplin, saya akan layan sama sahaja,” jelasnya. Dia dalam masa sama memberitahu akan cuba mengelak untuk kembali bekerjasama dengan mana-mana pihak yang gagal menjalankan tugas dengan baik. “Tidaklah saya nak senarai hitam. Tapi saya akan cuba elak bekerjasama lagi,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!