suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaiton Sameon berhajat tunai haji sempena ulang tahun ke-70

Zaiton berhasrat tunai haji tahun depan.

BAKAL menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 70 pada 2 Julai ini, penyanyi Zaiton Sameon tidak mempunyai sebarang hajat lain selain memasang impian untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Zaiton berkata, hasratnya itu bukan mahu pergi berseorangan, tetapi ditemani oleh anak angkat yang banyak berkorban menjaganya selama ini.

"Saya doa untuk pergi haji pula. Memang teringin nak pergi ke sana sebab sebelum ini hanya dua kali sahaja menunaikan umrah.

Zaiton berkongsi perkara itu pada Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026.

"Kalau boleh nak pergi dengan anak angkat yang menjaga dan membela saya dengan seikhlas hati. Dia sangat baik dengan saya," katanya kepada mStar.

Zaiton berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026 pada Selasa. 

Menyentuh mengenai harapan sempena hari lahirnya, Zaiton memanjatkan doa agar dia terus dikurniakan umur yang panjang dan semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Mudah-mudahan umur panjang, berikan semangat kepada saya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon bukan peserta GV12

ARTIKEL BERKAITAN: Zaiton Sameon buat kejutan, muncul peserta ke-14 Gegar Vaganza 12

"Terima kasih kepada mereka yang masih meminati saya. Alhamdulillah orang masih kenal dengan Zaiton Sameon," ujarnya. 

Berkongsi perkembangan tahap kesihatannya, penyanyi lagu Menaruh Harapan itu memberitahu dia kini berasa semakin sihat.

"Keadaan kesihatan? Alhamdulillah sekarang ini makin bertambah sihat. Saya banyak berdoa dekat tanah suci. 

"Untuk kaki ini, masih lagi sama seperti yang dulu. Kaki jadi macam ini selepas jatuh dalam 'lift'," ujarnya.

Zaiton tiada keinginan kahwin lagi. 

Diusik sama ada dia mempunyai doa untuk kembali mendirikan rumah tangga, Zaiton menolak perkara tersebut.

Bagi Zaiton, pengalaman dua kali melalui alam perkahwinan sebelum ini sudah mencukupi dan kini hanya mahu menikmati hari tuanya bersendirian. 

"Eh, tidak mahu. Daripada ada suami, lebih baik ada adik. Sebab saya hanya mahu berseronok sahaja.

"Tidak mahu, cukuplah dua kali perkahwinan sebelum ini. Saya hanya mahu hidup tenang sahaja. Saya memang tidak perlukan lelaki untuk teman hidup saya," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain