suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kai Hassan dilayan buruk kerana pengikut media sosial tak ramai

Kai imbau detik hitam penganjur minta tukar pengacara kerana dia kurang popular.

PENYAMPAI radio Suria FM, Kai Hassan berkongsi pengalaman menerima layanan buruk gara-gara pengikut media sosial yang tidak ramai. 

Menurut Kai atau Abdul Karim Hassan, 31, kejadian tersebut berlaku ketika dia dijemput menjadi pengacara dalam sebuah majlis. 

Lebih teruk lagi, seorang pengusaha produk meminta kaki tangannya mencari pengacara lain bagi menggantikan Kai. 

Kai akan terus berusaha menaikkan nama agar makin dikenali.

“Pernah dilayan oleh pengasas produk macam kau orang asing dekat event sebab DJ sendu. 

“Pengasas itu pernah sound aku depan staf dia. Dia cakap tukar pengacara lain yang ramai orang kenal,” katanya. 

Kai menulis perkara tersebut dalam hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian selepas lima tahun, Kai Hassan umum isteri hamil lima bulan… “Dia mengidam nak pengat pisang pukul 2 pagi” 

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma gangguan mistik, Kai Hassan lega sudah bebas jin betina

Kejadian itu memberi kesan buatnya sehingga dia berasa tidak mahu meneruskan tugas sebagai pengacara majlis. 

“Lepas kejadian itu saya dah down. Saya jadi malas nak teruskan. Saya WhatsApp isteri cakap nak tarik diri dan nak bagi balik deposit mereka. 

“Saya rasa betul-betul dekat titik paling remdah dalam kerjaya penyampai radio,” luahnya. 

Tidak cukup dengan itu, Kai turut menceritakan dia menerima layanan buruk ketika sesi raptai apabila pendapatnya yang sudah berpengalaman tidak diterima. 

Biarpun begitu, baginya pengalaman tersebut menjadi pengajaran untuk terus berusaha dan percaya namanya akan menyerlah. 

“Tidak mengapa Kai, waktumya dah sampai. Kita tidak akan selalu di bawah,” ucapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain