PENYAMPAI radio Suria FM, Kai Hassan meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya sudah kembali pulih daripada gangguan mistik selepas pulang dari aktiviti perkemahan di Janda Baik, Pahang pada Julai lalu.
Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 30, berkata perkara itu disahkan oleh perawat Islam yang merawatnya.
"Alhamdulillah dah semakin baik. Saya pun ada jumpa semula ustaz di Melaka dan dia pun cakap dah tak ada apa-apa. Sebelum itu saya ada kena sampuk.

Kai sebelum ini berkongsi dirinya menerima rawatan.
“Saya ini agak lemah semangat sikit. Alhamdulillah kehidupan sekarang dah okay. Harap tiada lagi yang menyinggah. Hari itu ada jin betina menyinggah,” katanya kepada mStar.
Menurut Kai dia juga lega apabila gangguan tersebut bukan dari hasad dengki selain berharap tidak mempunyai musuh sehingga ada yang mahu melakukan perkara tidak baik.
Malah pengalaman rakan terdekat yang pernah menjadi mangsa membuatkan dia trauma kejadian seperti itu berulang.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang ikut balik” - Kai Hassan terkena gangguan mistik, rasa cepat marah sampai bergaduh dengan isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tunai umrah, Kai Hassan sebak tengok Kaabah… Doa dikurniakan zuriat
“Saya paling risau kalau ada yang menghantar tapi Alhamdulillah bukan. Saya ada pengalaman dalam sekeliling saya yang alami perkara itu.
“Ada orang hantar dan kehidupannya terseksa. Saya duduk satu rumah dengan dia yang juga penyampai radio. Sahabat saya pun dah meninggal.
"Saya tak nak perkara seperti itu terjadi dan doa banyak-banyak," kongsinya.
Setiap kali nak habis segmen mesti saya akan minta maaf.
KAI HASSAN
PENYAMPAI RADIO
Dalam pada itu, Kai memberitahu dia akan sentiasa meminta maaf kepada para pendengar agar setiap tutur katanya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya harap tiada musuhlah sebab kadang-kadang kita tak tahu mungkin dekat radio ada yang tak suka.
“Tapi karakter saya itu hanya di radio sahaja dan setiap kali nak habis segmen mesti saya akan minta maaf pada semua,” ujarnya.

Kai syukur semuanya kembali pulih.
Pasa September lalu, Kai menanggung sakit hampir tiga minggu sehingga perlu melakukan rawatan perubatan Islam di Melaka kerana gangguan mistik itu.
Sepanjang gangguan tersebut, dia menjadi seorang yang marah dan sentiasa mahu bergaduh selain turut memberi kesan pada keharmonian rumah tangganya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


