suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Layla Sania lancar lagu galau Mandarin

Blessed To Have You kini boleh didengar menerusi semua platform muzik.

PENYANYI dan pelakon, Layla Sania terus mengembangkan portfolio seninya menerusi pertaruhan single Mandarin terbaharu berjudul Blessed To Have You, gandingan bersama Brendonse7an.

Layla atau Layla Sania Khairuzikri, 24, berkata lagu galau itu menjadi satu lagi langkah penting dalam kerjayanya selain memperlihatkan kematangan pada pemilihan lagu dan penyampaian emosi.

Kata Layla, jalan cerita yang dibawakan juga berbeza kerana tidak sekadar memfokuskan kepada kesedihan selepas putus cinta.

Layla berduet dengan Brendonse7an menerusi lagu Blessed To Have You.

 

"Apa yang menarik minat saya terhadap lagu ini ialah ia tidak menggambarkan patah hati sebagai sesuatu yang penuh kemarahan atau penyesalan. 

"Kadangkala perkara paling sukar adalah menerima bahawa seseorang yang pernah kita sayangi kini lebih bahagia bersama orang lain," katanya. 

Mengangkat genre balada Mandopop, Blessed To Have You atau 她有你真幸福 mengetengahkan tema penerimaan, keikhlasan dan keberanian untuk melepaskan seseorang yang pernah menjadi insan istimewa dalam hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Menuntut di sekolah Cina sejak kecil, pelakon baharu Layla Sania mengaku kurang fasih bahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘Wau Bulan’ bergema di China, Kat Roshan dan Meer Nash pukau 2 juta penonton

Lagu itu turut menampilkan jalan cerita daripada perspektif lelaki dan wanita, sekali gus memberi dimensi berbeza terhadap pengalaman kehilangan yang sering dilalui ramai.

Dalam pada itu, Brendonse7an yang juga penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik berkata, objektif utama penghasilan lagu tersebut adalah untuk menyampaikan mesej bahawa seseorang masih mampu menemukan ketenangan meskipun berdepan kekecewaan.

“Kami mahu menghasilkan sebuah lagu yang mengakui kewujudan rasa kecewa dan patah hati, tetapi pada masa yang sama masih memberi ruang untuk rasa syukur dan kebaikan hati.

"Lagu ini adalah tentang mencari ketenangan, bukannya terus berpaut kepada kesakitan,” ujarnya. 

Blessed To Have You yang dilancarkan sejak 23 Jun kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama di seluruh dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain