suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amelina tak sangka dikenali generasi Alfa

Amelina popular menerusi genre dangdut.

PENYANYI Amelina mengakui dia kini memberikan tumpuan untuk mendekati peminat generasi baharu termasuk generasi Alfa, selain terus menghargai sokongan peminat lama.

Kata Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 52, dia tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, namun berharap peminat lama dapat menjadi penghubung untuk memperkenalkan muziknya kepada generasi muda.

"Saya ada peminat lama, peminat baru. Sekarang ni pun dah sampai gen Alfa. 

Amelina mahu tarik perhatian peminat dalam kalangan generasi muda.

"Saya tidak menaruh harapan tinggi sebenarnya tetapi sasaran saya menarik peminat lama untuk mempengaruhi generasi muda. 

"Saya kena fikir sesuatu ikut cara mereka," katanya kepada mStar. 

Malah, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut itu memberitahu perkembangan teknologi dan media sosial membuka ruang baharu untuknya berinteraksi dengan pendengar muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina percaya dangdut tidak perlu bergelek

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina dah siap buat baju, kecewa tak dapat kongsi pentas dengan Inul Daratista

Tambahnya, dia percaya minat terhadap muzik boleh diwarisi dalam keluarga, terutama apabila ibu bapa yang membesar dengan lagu-lagunya memperkenalkan karya tersebut kepada anak-anak mereka pula.

"Zaman sekarang ini generasi muda suka mendengar. Saya ini umur dah berapa dekad (50 tahun).

"Saya selalu buat live, ramai juga yang menonton. Daripada situlah saya terfikir ada juga peminat-peminat muda. Mereka kata mak suka lagu saya. 

"Jadi secara tidak langsung mereka pun mengenali saya. Saya terfikir kalau peminat-peminat lama mendengar lagu saya, mesti akan jadi kesukaan dan ikutan kepada anak-anak mereka juga," ujarnya. 

Mengulas mengenai single baharunya berjudul Sayang Memang Sayang, Amelina berkata pada awalnya, dia berasa rendah diri dan bimbang muziknya tidak lagi sesuai dengan cita rasa pendengar masa kini.

Amelina melancarkan single baharu berjudul Sayang Memang Sayang.

"Saya ini ada rasa rendah diri, takut hasilnya (lagu) tak boleh diterima pada zaman sekarang. 

"Bila syarikat rakaman menghubungi saya, mereka suruh saya cuba buat lagu. Alhamdulillah saya dah buat satu lagu dan sekarang sudah pun dilancarkan di semua platform muzik. 

"Alhamdulillah saya berpuas hati kerana lagu itu benar-benar melambangkan muzik saya," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain