suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar lagu solo bukan sebab band berpecah - Adi 6ixth Sense

Adi tampil dengan sebuah lagu baharu.

TAMPIL dengan sebuah lagu solo baharu berjudul Semua Dulu, penyanyi Adi Priyo menegaskan karya ini bukanlah petanda kumpulan 6ixth Sense sudah berpecah.

Selaku vokalis, kata Adi, 43, buat masa ini dia bersama empat lagi anggota 6ixth Sense mengambil tempoh rehat sebelum tampil dengan album baharu mereka.

"Kami masih ada show, cuma untuk karya baharu belum ada lagi. Kami rehat seketika. Bukan senang nak buat album, penat. Penat dari segi fizikal dan mental.

6ixth Sense tunggu masa sesuai untuk tampil dengan lagu baharu. 

"Saya keluar dengan lagu solo ini pun sebagai petanda 6ixth Sense masih ada. Sekurang-kurangnya orang akan sebut inilah vokalis 6ixth Sense. Saya mahu nama kami kekal relevan. 

"Masing-masing pun sibuk dengan urusan peribadi, jadi fokus untuk diri sendiri dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Adi, selepas kali terakhir mereka tampil dengan album 7 Belas pada 2022, dia masih aktif bergerak di belakang tabir sebagai pencipta lagu untuk penyanyi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Priyo ada sebab kolaborasi bersama band lain, 6ixth Sense belum berpecah 

ARTIKEL BERKAITAN: Sixth Sense masih relevan walau banyak band baharu muncul, jawab dakwaan sudah tidak sehaluan

Malah, dia juga kini dilihat semakin aktif melakukan sesi siaran langsung di TikTok sebagai usaha mempromosikan lagu baharunya.

"Selepas lagu ini, saya akan terus berkarya. Saya pun tak pernah berhenti buat lagu. Ada sahaja projek sebelum ini yang saya lancarkan di YouTube.

"Apabila sudah ada lagu baharu, saya kena promosi secara aktif dan sesi siaran langsung di TikTok itu dapat membantu saya lebih dekat dengan peminat," jelasnya.

Adi masih aktif menghasilkan lagu untuk penyanyi lain. 

Bercakap tentang lagu Semua Dulu, karya ini merupakan ciptaan Adi sendiri dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman NAR Records.

Mengambil inspirasi daripada kisah orang sekeliling, lagu ini juga menjadi pengubat rindu buat peminat yang menggemari genre muzik 6ixth Sense.

"Lagu ini memang galau teruk. Siapa yang mendengar boleh menangis. Saya ambil inspirasi daripada kisah kawan yang pernah bercerai dan putus cinta.

"Selalu peminat tanya tentang lagu 6ixth Sense, jadi ini sebagai pengubat rindu kepada mereka yang terus menyokong kami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain