JAUH di sudut hati, penyanyi dangdut, Amelina mengakui kecewa susulan penangguhan konsert Millennial Dangdut Nusantara: Inul Daratista Live in Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember lalu.
Bagi Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 51, meskipun tidak mengalami sebarang kerugian daripada segi wang ringgit, namun dia terpaksa akur apabila terlepas peluang merasai pengalaman berkongsi pentas bersama penyanyi Indonesia, Inul Daratista.
“Pihak penganjur sudah menyelesaikan bayaran sepatutnya, jadi saya tidak mengalami sebarang kerugian. Cuma kecewa apabila terlepas peluang ini.

Amelina sudah membuat persiapan rapi untuk bertemu peminat.
“Sebagai penyanyi, saya juga mahukan satu pencapaian apabila dapat bergandingan dengan penyanyi luar negara. Inul merupakan seorang penyanyi nama besar di Indonesia,” katanya.
Bercakap lanjut, Amelina sendiri kurang pasti punca sebenar konsert tersebut dibatalkan pada tarikh berkenaan.
Susulan itu, dia masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenai tarikh baharu memandangkan dia dan Inul terikat dnegan jadual kerja yang padat.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun hidup solo, Amelina sudah hilang 'taring' pikat lelaki... pilih tundukkan pandangan
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia legenda!” – Amelina anggap sepentas bersama Inul Daratista peluang emas
“Apabila sudah ditangguhkan, susah untuk mendapatkan tarikh baharu. Perlu cari masa yang betul-betul sesuai untuk kami.
“Nak katakan tiket tak laku, rasanya saya masih laku. Mungkin penganjur acara ini tidak melihat pasaran terlebih dahulu.
“Bagi saya, kita kena beri peluang kepada penyanyi dangdut Malaysia dahulu untuk bergabung dalam satu konsert,” jelasnya.

Amelina harap ada peluang untuk membuat persembahan di konsert besar melibatkan penyanyi dangdut.
Rentetan daripada penangguhan konsert di Setia Spice Arena, Pulau Pinang itu, Amelina juga menerima banyak mesej daripada peminat yang meluahkan rasa kecewa.
Bahkan, dia sendiri sudah melakukan persiapan untuk beraksi di pentas berkenaan.
“Saya sudah siapkan semua baju. Persiapan hampir lengkap kerana kami dimaklumkan dua minggu sebelum tarikh berkenaan.
“Ada peminat yang kecewa. Meskipun tiket boleh dipulangkan semula, tetapi ada antara mereka yang sudah membeli tiket kapal terbang selain menempah penginapan,” ceritanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


