KUAT berdepan ujian, pelakon Zara Zya sudah berlapang dada selepas disahkan menghidap renal cell carcinoma atau sel kanser buah pinggang tahap satu.
Kelihatan tenang dan ceria, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, bagaimanapun memaklumkan dia kini tidak lagi sekuat dahulu.
"Saya okay, tetapi tak kuat macam dulu. Saya terima dengan tenang dan lapang dada.

Zara tetap tidak duduk diam dan masih aktif bekerja.
"Saya buat apa yang termampu. Dulu boleh all out, guna banyak tenaga. Sekarang dah tak sangat," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Zara sebelum ini berkongsi keadaan kesihatan dirinya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads pada Sabtu.
Katanya dia mengetahui tentang penyakit itu sejak tahun lalu dan telah menjalani rawatan pembedahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya hidap kanser tahap satu… Hidung kerap berdarah, cepat penat
ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kongsi kisah penyatuan dua hati, suara bergetar masuk studio rakaman
Tambah pelakon ini, dia juga masih perlu mengambil ubat selain pemeriksaan berkala.
"Saya sudah aktif bekerja. Sekarang ini perlu makan ubat, jalani rawatan fisioterapi dan pergi check-up sahaja.

Zara harap perkongsiannya dapat beri kesedaran kepada orang ramai.
"Syukur saya dapat tahu awal. Buah pinggang pun buang sebahagian sahaja," jelasnya.
Dalam masa sama, dia berharap perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya mampu memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


