PENYANYI Indonesia, Fajar Noor yang muncul dengan album sulung berjudul Sementara, Selamanya mengumumkan bakal menjejakkan kaki ke Malaysia dalam masa terdekat bagi mempromosikan album berkenaan.Jelas Fajar atau nama sebenarnya Fajar Nurdiansyah, 22, berkata dia bakal mengadakan sebuah persembahan secara langsung buat peminatnya di Malaysia. “Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong muzik saya. Saya sangat teruja akhirnya akan bertemu kalian buat kali pertama.Fajar tidak sabar turun promosi ke Malaysia.“Saya harap persembahan album secara langsung ini akan menjadi momen yang istimewa buat kita semua. “Saya tak sabar untuk membawakan lagu-lagu daripada album ini secara siaran langsung dan berkongsi pengalaman itu bersama kalian,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Fajar berkata album tersebut mengangkat tema kitaran sebuah percintaan yang diinspirasikan daripada kisah dan pengalaman sebenar yang dilaluinya.ARTIKEL BERKAITAN: Fajar Noor tak terkesan dengan kontroversi skandal cinta, mahu fokus kerjaya nyanyian ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza puji Fajar Noor, jadi pilihan antara artis Indonesia digemariMalah, naib juara Indonesian Idol musim ke-13 itu berkata, album tersebut disifatkannya sebagai karya paling peribadi sepanjang perjalanan seninya."Cabaran terbesar adalah untuk jujur dengan diri sendiri. Banyak lagu dalam album ini datang daripada pengalaman dan emosi yang sangat dekat dengan saya.“Saya harap setiap lagu bukan sahaja mewakili kisah saya, tetapi juga dapat dirasai oleh sesiapa yang pernah melalui fasa cinta, kehilangan dan penyesalan,” katanya.Album yang mengetengahkan susunan muzik pop balada itu mendapat kerjasama dengan barisan penerbit prolifik seperti Arsy Widianto dan Iqbal Siregar.Untuk info, album Sementara, Selamanya sudah boleh mula didengari dan distrim di semua platform digital utama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!