PENGARAH dan penerbit prolifik Datuk Yusof Haslam menepis dakwaan kononnya peluang menghasilkan semula drama bersiri kepolisan popular, Gerak Khas diperoleh kerana mempunyai 'kabel' dengan stesen televisyen.Sebaliknya Yusof atau Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 72, berkata, kepercayaan yang diberikan untuk menerbitkan Gerak Khas 2.0 untuk siaran di TV Sarawak (TVS) adalah hasil pengalaman dan rezekinya. “Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Bukan kabel ya. Kadang-kadang orang anggap saya ada kabel untuk sambung buat siri ini. Lillahitaala tidak ada guna kabel. “Menteri pun dah banyak bertukar. Perdana Menteri pun dah tujuh kali agaknya bertukar,” katanya kepada mStar.Yusof bersama barisan pelakon Gerak Khas 2.0 yang akan disiarkan di TV Sarawak bermula 3 Julai.Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Gerak Khas 2.0 bertempat di TGV Cinemas, KLCC pada petang Selasa. Tambah Yusof, selepas siri Gerak Khas: The Finale yang pernah disiarkan di TV3 melabuhkan tirai pada 2021, dia bersyukur apabila diberi peluang menghidupkan semula francais ikonik itu.Hurainya lagi, dia berterima kasih kepada TVS kerana memberi kepercayaan untuk meneruskan legasi siri tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Ambil Serius Gerak Khas Dikritik Tidak Relevan ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam cagar surat beranak anak kepada ‘ah long Melayu’, berjaya bayar selepas enam bulan… Pesan penerbit baharu jauhi peminjam wang haramDalam pada itu, Yusof mengakui pada awalnya dia berasa serba salah sama ada mahu menerima tawaran berkenaan memandangkan sudah lima tahun siri tersebut berakhir.“Saya mula dapat tawaran ini serba salah nak buat atau tak. Saya tanya pendapat isteri, dia kata saya masih larat tak… Tapi sebenarnya saya masih aktif. “Gerak Khas satu semangat juang kerana saya sangat berminat dengan cerita dan dunia ini sudah sebati dengan saya,” ujarnya. Gerak Khas 2.0 membawa penonton mengikuti misi berisiko tinggi yang diketuai oleh DCP Datuk Helmi (Yusof Haslam) bersama Inspektor Anding (Anding) dan Unit Gerak Khas dalam usaha menumpaskan sindiket jenayah terancang. Apa yang bermula sebagai operasi membanteras sindiket dadah akhirnya berkembang menjadi siasatan yang lebih besar apabila negara digemparkan dengan serangan siber misteri yang melumpuhkan sistem komunikasi nasional. Selain Yusof, drama bersiri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Hans Isaac, SAC (B) Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin, Salina Saibi dan Tisha Shamsir.Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai ini, setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi saluran TVS dan aplikasi TVS Inspire.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!