suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno sangkal AIM25 berat sebelah, lagu tercalon bukan sebab ciptaan ketua juri Ajai

Aisha percaya dengan ketelusan juri.

PENYANYI Aisha Retno menepis spekulasi wujud unsur berat sebelah susulan pencalonan lagunya, Diari Air Mata ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menegaskan pemilihan setiap karya yang tersenarai ke peringkat akhir merupakan keputusan seluruh panel penilai dan bukan ditentukan oleh ketua juri iaitu Ajai semata-mata.

“Berkenaan isu ketua juri dan sebagainya, kita mempunyai barisan juri yang ramai. Jadi sudah tentu semua lagu yang disenaraikan dan dicalonkan adalah berdasarkan persetujuan semua juri yang terlibat.

Aisha menepis spekulasi wujud unsur berat sebelah terhadap pencalonannya. 

“Keputusan ini bukan bergantung kepada ketua juri sahaja, itu yang saya boleh tegaskan,” katanya kepada mStar ketika Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) pada Rabu.

Bercerita lanjut, Aisha meluahkan rasa syukur apabila Diari Air Mata mendapat pengiktirafan sewajarnya kerana menganggap lagu itu kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Lagu ini sebenarnya lagu paling 'underrated' yang saya ada buat masa ini. Dari segi penulisan, ini satu-satunya lagu yang bukan nukilan sendiri kerana ia ditulis sepenuhnya oleh Abang Ajai.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza kekal berpengaruh, ungguli 14 pencalonan AIM25, Aisha Retno dapat lapan kategori

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ mula masuk carta, Aisha Retno tambah semangat nak buat lagu baharu

“Mungkin ia belum diketengahkan secara meluas sebelum ini, jadi pencalonan ini diharap dapat membuka mata ramai pihak bahawa saya juga mempunyai variasi lagu bersama komposer lain, bukan hanya karya ciptaan sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aisha turut berasa sebak dan terharu apabila tercalon sebanyak lapan kategori pada penampilan sulungnya di AIM.

“Ini merupakan pencalonan pertama saya di AIM, rasa sangat bersyukur. Ingatkan dapat dua atau tiga pencalonan sahaja, tetapi dapat sehingga lapan kategori. Dapat Top 5 pun saya dah sangat gembira.

Aisha tidak menyangka mendapat sebanyak lapan pencalonan. 

“Paling buat saya sebak adalah kerana saya dapat membawa adik saya sendiri selaku penerbit muzik. Terima kasih AIM kerana sudi menerima karya saya yang dulu pernah dianggap pelik. Apa yang saya lakukan ini semuanya demi industri muzik,” ujarnya.

Antara kategori yang Aisha tercalon ialah Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Elektronik Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

Sementara itu, dua pencalonan lain ialah melalui penulis lirik bagi kategori Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perayaan Terbaik.

Malam kemuncak AIM25 akan berlangsung di BCCK, Kuching, Sarawak pada Sabtu, 26 September 2026, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain