PELAKON dan usahawan Betty Banafe mendedahkan kemelut berpanjangan dengan bekas suami memberi tekanan emosi yang hebat sehingga mengganggu kesihatan mental dua cahaya matanya.Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 47, berkata susulan pertelagahan yang berlaku, dia terpaksa membawa anak-anaknya, Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri dan psikologi kanak-kanak. Betty juga mengakui doktor membekalkan ubat penenang buat kedua-dua anaknya itu bagi menangani tekanan emosi yang mereka alami.Betty berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar. “Kes ini menyusahkan bukan sahaja kepada ibu tunggal, tetapi kepada anak-anak kerana mereka mengalami masalah psikologi. Anak-anak saya pun dah pergi jumpa doktor pakar psikiatri dan psikologi.“Sampai doktor berikan mereka pil berkaitan stres, tetapi pil itu mereka sudah berhenti ambil dan saya pun sudah buang. Saya tak mahu anak saya bergantung pada ubat.“Sebab itu saya masukkan anak ke sekolah tahfiz. Bila masuk sekolah tahfiz dan belajar al-Quran, anak saya jadi tenang, baru mereka boleh terima hakikat bahawa ibu dan bapa mereka sudah bercerai,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: “Cukup 18 tahun, ambillah mereka ke negara luar” - Betty Banafe mahu anak dapat didikan agama, tak halang hak lawatan bekas suamiARTIKEL BERKAITAN: Dikecam ‘back up’ GISB, Betty Banafe minta jangan cepat buruk sangkaDalam pada itu, Betty menegaskan bahawa anak-anak tidak wajar dibebankan dengan persengketaan orang dewasa yang boleh mencetuskan trauma.“Sepatutnya peranan kita sebagai orang tua jangan beratkan pemikiran anak. Kita kena beritahu bahawa kita sayangkan mereka dan berikan cinta, bukan timbunan masalah.“Bila anak terbeban dengan masalah orang dewasa, itu yang beri kesan pada psikologi. Mereka boleh jadi seorang pemarah, pembuli atau mangsa buli kerana ada rasa dendam dan trauma yang belum selesai,” ujarnya. Betty mempunyai dua cahaya mata bersama bekas suami. Selain itu, Betty berkata dia memilih untuk membuatkan dirinya sibuk dengan aktiviti kebajikan sebagai salah satu bentuk terapi bagi mengimbangi emosinya. “Kerja amal ini adalah satu terapi buat saya. Saya alihkan masalah sendiri dengan membantu orang lain yang lebih memerlukan seperti saudara Murali Abdullah,” ujarnya.Untuk rekod, Betty pernah mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube