SELEPAS lebih empat tahun melalui episod getir dalam hidup termasuk menjalani hukuman penjara dan menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kini mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, berkata, ketika melangkah keluar dari hospital berkenaan, dia tidak terfikir untuk mencari makanan yang dalam diinginkan kerana sudah berasa cukup kenyang dengan pembebasan diri. “Sekarang ini saya tengah nak diet sedikit sebab berat badan saya sepanjang melalui proses ini turun naik. Dulu berat saya 65 kilogram, bila masuk penjara turun sehingga 48 kilogram. Teruk sangat, dah macam orang Somalia.“Kemudian masuk hospital mereka beri ubat, berat badan saya naik sehingga 80 kilogram. Sekarang sudah 77 kilogram tetapi saya nak kurangkan sehingga mencapai 60 kilogram,” katanya ketika ditemui semasa pementasan teater Mansur & Liu di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Rabu.Yasin kini sedang menyiapkan sebuah buku biografi mengenai perjalanan hidupnya.Berkongsi pengalaman ketika berada di Hospital Bahagia dan penjara, Yasin berkata proses untuk kembali menjalani kehidupan di luar bukan sesuatu yang mudah.Menurutnya, dia perlu melalui tempoh pemantauan dan rawatan sebelum pihak hospital berpuas hati dengan tahap kestabilannya.“Akhirnya, seiring dengan Hari Kemerdekaan negara, Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menandatangani perintah pembebasan saya. Saya bersyukur dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.“Bukan pembebasan awal tetapi saya mengikut prosedur, tidak ada laluan mudah. Maknanya pihak hospital berpuas hati dengan rawatan saya dan saya sudah stabil," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: 5 hari pulang dari Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman sibuk siapkan buku autobiografiARTIKEL BERKAITAN: “Kalau lekat 30 tahun, keluar umur saya 80“ - Yasin Sulaiman imbau dijatuhi hukuman penjara titik terendah dalam hidupMengimbas pengalaman berada di sebalik tirai besi, Yasin menyifatkan penjara sebagai pengalaman yang sangat sukar dan mengakui keadaan di hospital jauh lebih baik.“Penjara adalah tempat yang teruk. Sangat kotor, ganas dan ada penghinaan. Ketika pemeriksaan keselamatan, kita boleh diminta berbogel dan melakukan ketuk ketampi. Teruk sangat di penjara. Jangan masuk penjara,” katanya lagi.Walaupun sudah kembali menjalani kehidupan bersama keluarga, Yasin berkata kebebasan yang dinikmatinya kini masih tertakluk kepada syarat tertentu.“Saya masih bergantung ubat. Syarat-syarat untuk keluar daripada Hospital Bahagia ada dua. Penjara adalah tempat yang teruk. Sangat kotor, ganas dan ada penghinaan.YASIN SULAIMANPENYANYI“Pertama, tak boleh tinggalkan ubat sehingga ke penghujung hayat dan kedua, tak boleh terlibat dengan kanabis lagi,” jelasnya.Pada masa sama, Yasin kini sedang menyiapkan sebuah buku biografi yang memberi fokus kepada pengalaman serta perjalanan hidupnya, khususnya berkaitan isu kesihatan mental yang dilaluinya sendiri.Pada 2 September lalu, Yasin sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Untuk rekod, pada 22 Ogos 2024, Yasin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.Yasin sebelum ini menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 29 November 2023.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April 2025 melepas dan membebaskan Yasin serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia sehingga diperkenan Sultan Selangor.Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.Yasin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram, menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan memberikan dirinya dadah berbahaya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube