PELAKON Rahim Omar masih belum mampu melunaskan tunggakan sewa rumah walaupun dengan bayaran serendah RM100 setiap bulan.Rahim, 66, berkata dia bukan sengaja mengabaikan hutang berkenaan, namun keadaan kewangan yang dihadapi ketika ini menyebabkan dia terpaksa mendahulukan kelangsungan hidup keluarga. “Memang orang selalu cakap bayar sikit-sikit, lama-lama akan habis. Tetapi mereka tidak tahu komitmen kita. Saya pun sudah mengalami banyak kerugian sampai malu hendak cerita.Rahim utamakan keluarga terlebih dahulu.“Saya bukan orang yang suka kongsi benda-benda peribadi ini. Dalam situasi saya, saya kena utamakan keluarga dulu walaupun saya tahu saya ada hutang dengan orang lain,” katanya.Berkongsi mengenai kesusahan yang dilalui, Rahim berkata dia turut terpaksa menggadaikan barang peribadi milik isterinya ketika mahu berpindah dari rumah sewa tersebut ke kediaman baharu.“Semasa saya hendak pindah rumah hari itu pun saya terpaksa gadai barang isteri. Ketika proses berpindah, anak-anak saya turut membantu sehingga akhirnya kami dapat berpindah.ARTIKEL BERKAITAN:Rahim Omar panik tekak kering tengah menyanyi, mujur Fasha Sandha muncul jadi penyelamat - “Bukan lupa lirik tetapi suara tidak keluar“ARTIKEL BERKAITAN: “Sengaja tak nak bayar kan?“ - Pemilik rumah sewa serang balas Rahim Omar, doakan menang KES2026 boleh bayar hutang“Pendapatan saya sekarang ini cukup-cukup untuk tampung saya dan keluarga,” ujarnya.Dalam pada itu, Rahim memberitahu dia kini tidak lagi menerima tekanan daripada pihak berkenaan selepas tampil secara terbuka menceritakan masalah kewangan yang dihadapinya kepada media.“Selepas saya buat pengakuan bersama media tempoh hari, dia sudah tidak hubungi saya lagi. Maknanya dia sudah faham.“Saya akan cari dia nanti selepas semuanya stabil. Dia tidak perlu cari saya.Pendedahan yang pernah dibuat pemilik rumah."Insya-Allah, saya tak akan lari, akan lunaskan bayaran tertunggak. Saya orangnya bertanggungjawab,” katanya.Pada Ogos lalu, Rahim mendedahkan dia sengaja menangguhkan bayaran tunggakan tersebut selepas mendakwa pemilik rumah berkenaan memalukannya di media sosial pada Mac lalu.Sebelum itu, seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar perbualan bersama Rahim dan mendakwa pelakon berkenaan gagal membayar sewa rumah selama dua tahun.Ketika dihubungi mStar sebelum ini, Rahim tidak menafikan perkara tersebut, sebaliknya menjelaskan keadaan kewangannya yang tidak menentu menjadi punca dia gagal melunaskan bayaran sewa berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube