suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliff Aziz buat hal lagi? Kali ini dengan Melinda Dadew pula, tak hirau tuduhan netizen

Aliff (kiri) tidak memberi perhatian terhadap dakwaan yang tidak benar.

KECOH di media sosial apabila seorang pengguna Threads mendakwa pelakon Aliff Aziz bersama rakan gandingannya, Melinda Dadew, bermain cinta ketika berada di lokasi pementasan teater Mansur & Liu.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 35, berkata dia tidak terlalu mengambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan di media sosial kerana kini sedang memberikan sepenuh fokus sebagai pelakon teater.

“Saya minta maaf sebenarnya kerana beberapa hari minggu ini saya tidak fokus kepada media sosial. Tugas saya sebagai pelakon teater Mansur & Liu sangat padat.

“Jadi, bagi saya lebih baik saya luangkan masa untuk fokus bagaimana hendak memperbaiki watak Sultan Mansur berbanding memberi perhatian kepada perkara di luar bidang kuasa saya,” katanya yang ditemui usai pementasan teater Mansur & Liu di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Aliff (kiri) enggan mengambil pusing berhubung dakwaan sedang bermain cinta dengan rakan lakonnya, Melinda.

Menurut Aliff, dia sudah terbiasa dengan perkara seperti itu malah enggan ambil pusing terhadap komen atau pandangan kurang memuaskan terhadap dirinya.

“Orang nak komen apa mengenai saya, tidak mengapa. Macam saya selalu kata, akan ada orang yang suka dan ada yang tidak suka. Ada orang ada kerja, ada orang tidak ada kerja.

“Bagi saya, saya ada kerja yang sangat berat dan tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas. Jadi, fokus saya adalah di situ. Selebihnya saya tidak boleh nak kata apa,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik tangkap layar daripada Instagram Story (IG Story) pelakon Aliff Aziz yang memaparkan dirinya sedang menjalani latihan bersama Melinda bagi pementasan teater Mansur & Liu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Datuk M. Nasir hanya bergurau“ - Aliff Aziz ulas gelaran aktor kedua terkacak, rezeki pertama kali buat teater

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz kunci mulut status diri, mahu jadi lelaki lebih baik - “Bukan saya play victim”

Individu itu mendakwa kedua-duanya sudah menjalinkan 'hubungan istimewa' susulan aksi mesra yang dipamerkan dalam hantaran tersebut.

Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, kakak Melinda iaitu Missphris tampil membela adiknya sekali gus tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Aliff yang memegang watak sebagai Sultan Mansur dalam teater Mansur & Liu itu berharap agar diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani pementasan selama 10 hari karya arahan Datuk M. Nasir itu.

"Banyak sebenarnya cabaran membawakan watak Sultan Mansur tapi pada saya tak ada perkara yang mudah apa saja pekerjaan maka ia akan datang dengan cabaran-cabaran tertentu.

"Untuk saya perjalanan itu berwarna-warni untuk kita semua. Jadi saya tak nak menceritakan cabaran tersebut kerana ia masih lagi di peringkat awal dan banyak lagi persembahan akan dilakukan," kongsinya.

Aliff (dua dari kiri) memegang watak sebagai Sultan Mansur dalam teater Mansur & Liu.

Pada 2024, Aliff pernah dikaitkan dengan aktres Ruhainies ketika mereka menjalani penggambaran sebuah drama, sekali gus mencetuskan kontroversi sebelum kes khalwat dipercayai membabitkan mereka.

Susulan itu, kisah percintaan Aliff kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita dari Singapura tampil mendakwa dirinya kekasih aktor berkenaan, selain mengakui menjadi orang ketiga dalam isu rumah tangga bersama Bella Astillah.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain