PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman menceritakan kembali detik dia menerima keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman penjara selama 30 tahun sebagai satu momen terburuk dalam hidupnya.Yasin, 51, juga sempat berfikir tentang hayatnya yang mungkin berakhir di dalam penjara jika hukuman tersebut diteruskan. "Paling teruk adalah ketika saya dijatuhi hukuman penjara 30 tahun. Berderau darah sampai naik ke kepala. Apabila turun ke lokap, saya terbaring terus."Kalau lekat 30 tahun, keluar umur saya 80 tahun. Itupun kalau hidup panjang, jika tidak meninggal dunia dalam penjara," katanya.Yasin selesai menjalani tempoh rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia pada awal September. Yasin berkongsi pengalaman tersebut ketika hadir sebagai tetamu dalam segmen Pagi On Suria di stesen radio Suria FM pada Rabu.Sempat menjalani tempoh hukuman penjara, penyanyi ini juga memberitahu pengalaman tersebut banyak mengajarnya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.Malah, dia turut menggunakan tempoh berkenaan untuk terus berkarya dengan menghasilkan lagu-lagu baharu."Bila masuk Penjara Kajang, saya betul-betul mendekatkan diri dengan Ilahi. Saya sembahyang, hafal al-Quran dan berdoa.ARTIKEL BERKAITAN: 5 hari pulang dari Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman sibuk siapkan buku autobiografi ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman akhirnya dibenarkan pulang selepas empat tahun di Hospital Bahagia"Lagu-lagu yang saya tulis dalam penjara memang lain macam sebab dengan kesunyian dan waktu terluang begitu panjang."Perasaan duduk dalam penjara memang susah, tertekan dan tak tahu masa depan. Rasa hilang harapan pun ada," kongsinya.Pada 2 September lalu, Yasin sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Untuk rekod, pada 22 Ogos 2024, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.Yasin kini terus aktif menghasilkan lagu baharu. Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada 29 November 2023.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April 2025 melepas dan membebaskan Yasin serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia sehingga diperkenan Sultan Selangor.Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.Yasin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram, menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan memberikan dirinya dadah berbahaya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube