suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AIM25 tetap berlangsung di Kuching, penganjur harap IPU tambah baik menjelang 26 September

Rosmin maklumkan penganjuran AIM25 akan terus dijalankan di Sarawak.

PENGANJURAN Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) tetap akan dijalankan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak walaupun negeri itu kini berdepan dengan jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim berkata, pihaknya berharap bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) negeri itu akan bertambah baik menjelang hari kemuncak anugerah pada 26 September depan. 

“Berkenaan jerebu, kami berdoa agar debu itu akan hilang ketika AIM25 berlangsung nanti.

Penganjuran AIM25 diharapkan dapat berjalan lancar. 

“Selebihnya, kita lihat nanti bagaimana,” katanya ketika ditemui selepas sidang media kedua AIM25 di Royale Chulan Kuala Lumpur pada Rabu. 

Berkongsi mengenai malam kemuncak AIM25, Rosmin berkata, malam tersebut bakal menampilkan kemeriahan dengan persembahan, penyampai anugerah dan juga pengacara. 

Persembahan turut menampilkan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adira Suhaimi, Anggrek, Akim Ahmad, Hafiz Suip, Hael Husaini dan juga penyanyi Indonesia, Fajar Noor.

ARTIKEL BERKAITAN: AIM25 cipta sejarah julung kali dianjurkan di Sarawak 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nampak konsep dan identiti setakat satu single“ - Ajai galak artis buat album

Bukan itu sahaja, AIM25 juga akan diserikan dengan persembahan daripada kategori Artis Baharu Terbaik iaitu Rezza Shah, Ary Hussin, Qal-G dan Yusuf Kassim.

AIM25 akan menampilkan pelbagai genre muzik termasuk pop, rock, balada dan lain-lain.

“Kami juga teruja untuk membawa AIM ke Sarawak buat pertama kali, di samping meraikan kepelbagaian bakat dan muzik Malaysia yang diwakili barisan finalis tahun ini,” katanya.

AIM25 bakal mengiktiraf karya-karya muzik terbaik negara. 

Majlis berprestij itu akan dikendalikan oleh pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur.

Menambahkan lagi kemeriahan, AIM25 turut menampilkan barisan penyampai anugerah yang terdiri daripada artis dan personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan Malaysia.

Antaranya Amir Jahari, Aina Abdul, Wany Hasrita, Kaka Azraff, Noraniza Idris, Yonnyboii, Iman Troye, Lah Ahmad dan ramai lagi. 

Malam kemuncak AIM25 akan berlangsung di BCCK, Kuching, Sarawak pada Sabtu, 26 September 2026, pukul 9 malam.

Acara ini akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh TVS menerusi Saluran 122 dan TVS Inspire, membolehkan penonton di seluruh Malaysia bersama-sama meraikan penganjuran AIM edisi ke-25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain