suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kalau boleh tak nak meminta-minta" - Abon tebalkan muka mohon bantuan JKM, wang simpanan habis tampung kos ubat

Abon mohon bantuan daripada JKM selepas hilang keupayaan untuk bekerja.

PELAWAK Abon terpaksa membuang perasaan malu untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas hilang keupayaan untuk bekerja susulan serangan jantung yang dialaminya pada Jun lalu.

Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 66, berkata tindakan itu terpaksa dilakukan memandangkan wang simpanannya kini sudah banyak digunakan bagi menampung kos rawatan dan ubat-ubatan sepanjang tempoh pemulihan selepas prosedur pemasangan stent.

Tambah Abon, kos perubatan hariannya mencecah ratusan ringgit, manakala pembedahan memasang dua peranti stent mencecah RM48,000 yang terpaksa menggunakan wang pencen isterinya, Fauziah Muksin.

“Ubat-ubatan saya cecah ratusan ringgit, belum termasuk perbelanjaan sampingan sepanjang saya sakit sekitar pertengahan bulan lalu. Simpanan yang ada habis digunakan untuk tampung kos perubatan sebab saya tiada pencen.

Abon masih tidak mampu untuk bekerja susulan masalah kesihatan dihidapinya.

“Kos pembedahan dua stent sahaja mencecah sekitar RM48,000 dan perbelanjaan berkenaan menggunakan wang pencen isteri saya,” katanya kepada mStar ketika menerima kunjungan Program Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di kediamannya pada Selasa.

Jelas Abon, dia berharap agar statusnya sebagai artis tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan bantuan kebajikan memandangkan dia kini tidak lagi mempunyai sumber pendapatan.

“Kalau boleh memang saya tak nak meminta-minta, apatah lagi takut kalau saya mohon (JKM), saya ambil hak orang lain. Apabila situasi sukar ini menimpa, saya terus rasa berbelah bahagi nak minta tolong.

“Harapnya jangan sebab saya artis saya tak boleh memohon. Kita sudah tak mampu, tak boleh bekerja, jadi memang tiada sumber pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abon stabil susulan rawatan masalah jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Abon tak sangka masih ramai ingat, terharu peminat tak putus doa kesihatannya... Sempat luah nasib artis veteran

“Saya tidak pernah minta bantuan, tetapi saya yang bagi bantuan sebab kita mampu. Sekarang keadaan sudah berubah. Rasa sedih juga kerana saya aktif ke sana sini,” luahnya.

Dalam pada itu, Abon mengakui terkejut apabila disahkan mengalami serangan jantung memandangkan dia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, selain mengawal pemakanan.

“Saya down juga. Saya bukan perokok, gaya hidup saya pun bukannya sosial, bukan jenis keluar sampai tengah malam, saya balik rumah selepas kerja.

Zed (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Abon.

“Saya juga antara orang yang jaga makan sebab ayah, ibu, adik dan kakak saya menghidap kencing manis. Bacaan kencing manis saya pun sekitar lima ke enam sahaja, tetapi saya tidak sangka akhirnya boleh terkena serangan jantung,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Finas memberikan sumbangan kepada Abon berbentuk wang tunai kepada Murali Abdullah di bawah Program Ziarah Seni Madani. 

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain