suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wany Hasrita pesan jurufoto waspada ‘scammer‘ menyamar dirinya tawar kerja - “Harap individu itu bertaubat, benda ini jatuh fitnah ke atas saya”

Wany memberi amaran kepada scammer yang menggunakan namanya.

PENYANYI Wany Hasrita memohon para jurufoto dan juruvideo supaya lebih berhati-hati jika menerima sebarang tawaran kerja atau permintaan penggambaran daripada individu yang menyamar sebagai dirinya.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkata dia mengetahui mengenai perkara itu selepas beberapa jurugambar yang menerima mesej daripada individu terbabit memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusnya.

"Saya dapat tahu tentang isu ini apabila mereka (jurugambar) menyampaikan kepada pengurus saya sendiri. 

Wany menunjukkan bukti menerusi media sosial.

"Buat masa sekarang ini, saya belum ambil apa-apa tindakan lagi kerana rata-ratanya dia scammer baru bertanya-tanya saja. 

"Belum ada yang betul-betul kena scam lagi," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, menurut Wany, individu berkenaan dipercayai menghubungi jurugambar dan videografer menerusi WhatsApp bagi mendapatkan khidmat penggambaran foto dan video secara peribadi menggunakan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Itu saja ikhtiar saya“ - Wany Hasrita ambil inisiatif pakai sarung tangan hormat CEO dari Korea

ARTIKEL BERKAITAN: “Susah berlakon... saya banyak syarat“ - Wany Hasrita kekok bertentang mata lelaki selain suami

Kata Wany, buat masa ini dia memilih untuk menggunakan media sosial sebagai medium memberi peringatan kepada penggiat industri yang berkemungkinan menjadi mangsa.

"Untuk setakat ini, saya gunakan media sosial dulu untuk bagi peringatan kepada mereka yang ada kemungkinan ditipu. 

"Saya minta mereka untuk lebih berhati-hati.

"Kalau memang ada yang sudah tertipu nanti saya tidak teragak-agak untuk ambil buat laporan polis (cover report) daripada pihak saya," ujarnya. 

Sementara itu, Wany berharap individu yang menyamar sebagai dirinya menghentikan perbuatan tersebut agar tidak menyusahkan orang lain.

Wany berharap tidak ada yang terpedaya dengan individu berkenaan.

"Saya cuma harap individu berkenaan bertaubat, banyak lagi kerja lain dia boleh buat. Apa yang dia buat ini tak ada faedah pun. 

"Lagi satu, benda ini sudah tentu menjatuhkan fitnah ke atas nama saya. 

"Paling penting, janganlah menyusahkan orang lain," katanya. 

Sebelum ini, Wany menerusi satu hantaran di Threads memaklumkan terdapat individu yang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk mendapatkan khidmat penggambaran foto dan video secara peribadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain