USAHAWAN Datin Eriyca Baiduri berdepan detik cemas apabila penerbangan pulang dari Jakarta, Indonesia ditunda susulan penutupan lapangan terbang akibat letusan gunung berapi.Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 36, berkata dia dan suami, Datuk Muhammad Azri Che Noh bagaimanapun membuat keputusan pantas untuk mencari alternatif bagi memastikan mereka dapat pulang ke Kuala Lumpur tanpa terkandas lebih lama. Kata Eriyca, dia berada di Jakarta sejak Jumaat atas urusan kerja sebelum dimaklumkan mengenai penundaan penerbangan pulang pada pagi Ahad."Saya pergi ke Jakarta pada Jumaat dan pagi Ahad saya dapat tahu yang penerbangan pulang kami telah pun ditunda. Eriyca bersyukur kerana membuat keputusan pantas sebelum terkandas. "Sebelum dapat tahu penerbangan ditunda memang dah baca berita tentang gunung berapi meletus. Saya dan suami buat keputusan pantas untuk pulang segera. Sebelum penerbangan kami dibatalkan lagi saya sudah ambil keputusan untuk cari jalan lain. "Kalau tunggu lagi dekat sini (Jakarta) memang kemungkinan akan terkandas lama," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Eriyca memberitahu pada awalnya dia turut mempertimbangkan beberapa lapangan terbang lain namun bimbang situasi sama berlaku jika memilih lokasi yang terlalu hampir dengan Jakarta."Saya terus fikir nak ambil penerbangan dari mana. Bandung tak boleh sebab dekat sangat dengan Jakarta jadi takut dalam perjalanan nanti lapangan terbang mereka pun ditutup. ARTIKEL BERKAITAN: Kekal imej bertudung selepas pulang umrah, Madammu dipuji semakin cantikARTIKEL BERKAITAN: Madammu berputih mata, gelang dan cincin jenama Cartier RM40,000 hilang ketika bercuti"Jadi kami sewa kereta untuk ke Surabaya, penerbangan terakhir pukul 5.40 petang, Ahad. Jakarta ke Surabaya lebih kurang 9 ke 10 jam, jauh. "Kami terus bergerak ke sana awal pagi. Sepanjang perjalanan sekali saja berhenti sebab tak mahu lewat sampai ke lapangan terbang. Alhamdulillah sampai pukul 4 petang, ngam-ngam untuk naik pesawat," ujarnya. Bercerita lanjut, Eriyca berkata penerbangan dari Surabaya ketika itu hampir penuh dan dia hanya mampu berharap agar urusan mereka dipermudahkan."Masa saya nak cari tiket penerbangan dari Surabaya, memang pesawat agak penuh. Tapi nasib baik Allah nak permudahkan urusan kami, ada juga kerusi masih kosong. Eriyca dan Azri (kiri) selamat tiba di Kuala Lumpur pada malam Ahad."Waktu itu saya dah tak fikir kalau duduk tak sama dengan suami pun saya dah tak kisah. "Apa yang saya fikirkan hanya mahu pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat," katanya. Pada Ahad, kecoh di media social apabila semua penerbangan dua hala melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) dan Kuala Lumpur dibatalkan. Situasi itu dipercayai berlaku susulan keadaan ruang udara yang terjejas selepas gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda di antara Pulau Jawa dan Pulau Sumatera meletus pada Sabtu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube