suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun tiada pendapatan sejak terlantar sakit, Murali Abdullah terpaksa guna SpayLater beli barang keperluan

Murali berdepan ujian hidup apabila tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

PENGARAH veteran Murali Abdullah mendedahkan dia kini berdepan ujian hidup apabila tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan sejak lebih setahun lalu susulan pelbagai komplikasi kesihatan yang kronik dialaminya.

Murali, 66, berkata keadaannya bertambah rumit apabila bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) terhenti selepas timbul masalah membabitkan proses permohonan semula. 

“Saya tak ada apa-apa sumber pendapatan. Mula-mula ada kawan bantu saya, tapi dia sudah sakit.

“Selepas itu dapat bantuan daripada Maiwp, tetapi itupun sudah berhenti tahun lalu sebab ada masalah nak kena ‘renew’.

Hans (kiri) menyerahkan sumbangan buat Murali.

“Jadi yang Mawip itu saya dapat rasa bantuannya selama setahun,” katanya ketika ditemui mStar di Program Ziarah Seni Madani di Banafee Restaurant pada Selasa. 

Mengulas lanjut mengenai kelangsungan hidupnya, Murali berkata dia terpaksa menggunakan khidmat beli dahulu bayar kemudian dalam talian untuk membeli barangan keperluan harian.

Jelas Murali, tunggakan hutang tersebut akan dibayar selepas dia menerima sumbangan daripada orang ramai termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Pendapatan memang tak ada langsung, memang jadi susah. Jadi bila kita buka telefon, ada aplikasi seperti Shopee Pay, saya terpaksa berhutang dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan dua legenda, Murali Abdullah mahu buat drama bantu Sathia

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan susahkan orang, Murali upah pembantu perubatan jaganya setiap hari

“Bila Finas bagi duit bantuan, saya gunakan untuk bayar balik hutang-hutang itu. Bantuan ini penting bukan untuk kaya, tetapi untuk teruskan kehidupan. 

“Saya berbesar hati Finas sanggup bantu walaupun saya pernah menyakiti hati mereka,” ujarnya. 

Bercakap mengenai keadaan kesihatannya, Murali berkata dia kini perlu bergantung kepada kerusi roda selepas diserang strok kali kedua pada 2018. 

“Anak perempuan dah tak ada menjaga saya, saya jaga diri sendiri. Anak lelaki ada tetapi dia sudah berkahwin dan bekerja. Jadi saya duduk seorang diri.

Dari kiri: Faiz, Zed, Hans, Murali dan Betty ketika ditemui di Program Ziarah Seni Madani.

“Saya pernah diserang strok pertama pada 2011 dan strok kedua pada 2018 yang menyebabkan tangan dan kaki tak boleh bergerak. Tahun lepas pula saya kena serangan jantung kronik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Finas memberikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Murali di bawah Program Ziarah Seni Madani. 

Sumbangan itu dihadiri oleh Pengerusinya, Datuk Hans Isaac, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi) dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, Faiz Amran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain