suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selamat pulang ke pangkuan Babah“ - Rizalman syukur anak angkat dibenarkan keluar hospital

Anak angkat Rizalman dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa.

ANAK angkat kepada pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Umar Nail dibenarkan keluar dari hospital awal pagi Selasa selepas disahkan bebas daripada sebarang komplikasi akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Rizalman memberitahu berita gembira itu selepas dimaklumkan oleh pihak hospital menerusi satu panggilan telefon.

Menurut Rizalman, keadaan Umar, 24, menunjukkan perkembangan positif dan tidak memerlukan pemindahan atau rawatan susulan di hospital swasta.

Umar (kiri) sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana dilanggar lori. 

“Anak Datuk dibenarkan pulang dan keluar dari hospital hari ini tanpa perlu ke mana-mana hospital swasta, beliau bebas daripada sebarang komplikasi dan hanya perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan susulan dari semasa ke semasa.

“Serta memerlukan rehat yang cukup bagi proses penyembuhan seterusnya. Progres penyembuhannya dan semangat Umar sangat luar biasa," tulisnya di Instagram Story pada Selasa. 

Rizalman turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dapat menyambut semula kehadiran anak kesayangannya itu di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat Rizalman Ibrahim kritikal digilis lori, alami komplikasi organ dalaman

ARTIKEL BERKAITAN: Rizalman sahkan anak angkat kini stabil, masih dalam pemantauan rapi

“Selamat pulang ke pangkuan Babah wahai anakanda Umar,” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, Rizalman merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan doktor dan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Selayang yang bertungkus-rumus merawat Umar sepanjang tempoh tersebut. 

“Kepada semua doktor dan jururawat Hospital KL dan Selayang, terima kasih dan syukur tidak terhingga di atas penjagaan dan ilmu yang Allah kurniakan kepada kalian yang kalian telah praktikkan ke atas Umar,” tambahnya. 

Untuk info, pada 30 Ogos lalu, Rizalman memaklumkan Umar terlibat dalam kemalangan apabila dilanggar sebuah lori ais di Wangsa Maju pada Sabtu.

Rizalman mempunyai dua orang anak angkat lelaki. 

Rizalman berkata ketika itu Umar sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum sebuah lori ais yang sedang mengundur dipercayai bertembung dengannya.

Kata Rizalman, akibat kejadian tersebut, Umar terperosok di bawah lori dan digilis selama beberapa saat sehingga mengalami komplikasi pada organ dalaman.

Selain Umar, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aali Nail yang berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain