ANAK angkat kepada pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila dilanggar sebuah lori ais di Wangsa Maju pada Sabtu.Rizalman, 55, berkata Umar, 24, ketika itu sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum sebuah lori ais yang sedang mengundur dipercayai bertembung dengannya. Kata Rizalman, akibat kejadian tersebut, Umar terperosok di bawah lori dan digilis selama beberapa saat sehingga mengalami komplikasi pada organ dalaman.“Saya tahu anda risaukan kami tetapi buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu. Umar keluar sekejap semalam (Sabtu). Dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk sebelum tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais secara mengundur.Rizalman (tengah) memaklumkan keadaan Umar (kiri) selepas mengalami kemalangan.“Umar masuk ke bawah lori dan digilis selama beberapa saat. Disebabkan kejadian itu, terdapat sedikit komplikasi pada organ dalamannya.“Ramai orang berada di lokasi kejadian dan banyak membantu. Pada awal menerima berita, saya benar-benar tersepit antara dua amanah, iaitu anak dan urusan perniagaan kerana ketika itu saya sedang memasak nasi tomato,” katanya. Rizalman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Rizalman turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat bantuan daripada beberapa kenalan bagi memudahkan urusan Umar mendapatkan rawatan di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Rizalman Ibrahim sumbang RM500,000 baik pulih Rumah Komuniti Malaysia di LiverpoolARTIKEL BERKAITAN: Rizalman kongsi pengalaman 15 tahun jadi tukang jahit Tunku Azizah dan Al-Sultan Abdullah“Allah aturkan beberapa kenalan VVIP saya membantu memudahkan urusan hospital, di samping doa daripada anda semua. "Pada awalnya, Umar sangat kritikal dan memerlukan pembedahan, tetapi sekarang dia berada di bawah pemantauan pakar.“Saya pasti dia keluar semalam sebab nak pergi mesin ATM, kemudian keluar duit gaji bulanan dia untuk disedekahkan kepada saya,” ujarnya.Selain Umar, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aali Nail yang berusia 13 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube