TARIKH 31 Ogos bukan sekadar memberi makna tentang erti kemerdekaan buat penyanyi Syafiq Farhain.Menurut Syafiq atau Nursyafiq Farhain A.M. Salim, 32, setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, dia pasti akan terkenangkan bapanya iaitu Allahyarham Saleem yang juga dilahirkan pada 31 Ogos. Dalam kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan, hati Syafiq pasti akan sentiasa merindui bapanya yang meninggal dunia pada 14 Oktober 2018 pada usia 57 tahun.Kenangan waktu kecil Syafiq bersama bapa. "Sudah tentu saya rasa bangga dan bersemangat meraikan Hari Kebangsaan, tetapi pada tarikh yang sama saya juga pasti terkenangkan arwah bapa kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Jadi, tarikh ini memang cukup dekat dan istimewa dalam hati saya."Bila orang ramai sibuk mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kemerdekaan, dalam kegembiraan itu tetap ada rasa rindu kepada arwah."Secara tidak langsung, 31 Ogos bukan sekadar mengingatkan saya tentang kemerdekaan negara, tetapi juga kepada seorang insan yang sangat besar pengaruhnya dalam hidup saya. Selagi hidup, saya rasa kenangan itu akan sentiasa ada," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain kenang hubungan dengan arwah Saleem... Tak simpan dendam, berhasrat ziarah ibu tiri ARTIKEL BERKAITAN: “Ini permulaan perancangan seni selepas ini“ - Syafiq Farhain keluar lagu baharu selepas dua tahun rehatBercakap tentang sambutan Hari Kebangsaan, Syafiq turut meluahkan rasa bangga apabila dia beberapa kali diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.Bukan sekadar menghiburkan peminat, baginya momen itu sungguh bermakna apabila dapat menyaksikan sendiri perpaduan rakyat Malaysia bersama-sama meraikan kemerdekaan negara."Saya juga pernah diberi peluang terbabit dalam persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan. Apabila berada di atas pentas, melihat lautan manusia bersama-sama menyanyi dan mengibarkan Jalur Gemilang, semangat itu memang lain.Syafiq mahu menjadi anak seni yang membanggakan negara. "Saya benar-benar rasa bagaimana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang boleh bersatu dalam satu rasa bangga terhadap negara," luahnya.Membawa semangat kemerdekaan, Syafiq juga berharap penglibatannya dalam dunia seni dapat memberi manfaat kepada negara."Kemerdekaan bukan sekadar sambutan atau acara tahunan. Kita hari ini dapat hidup, bekerja, berkarya dan mengejar impian dengan aman kerana pengorbanan generasi terdahulu."Sebagai anak seni, saya juga mahu menggunakan apa yang ada untuk terus membawa nama Malaysia dan memberikan sesuatu yang boleh dibanggakan," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube