PEREKA fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan keadaan anak angkatnya, Umar Nail, 24, kini dilaporkan stabil selepas terlibat dalam kemalangan dilanggar sebuah lori ais di Wangsa Maju pada Sabtu.Biarpun stabil, Rizalman, 55, berkata Umar masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan doktor berikutan kecederaan pada organ dalaman terutamanya di bahagian hati. “Saya reda dengan ujian yang Allah tetapkan buat saya dan keluarga. Saya percaya sepenuhnya kepada kebesaran, kekuasaan dan ketentuan-Nya dalam setiap perkara yang berlaku.Umar (kiri) terlibat kemalangan dilanggar lori pada Sabtu. “Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, keadaan Umar adalah stabil. Umar masih berada di bawah pemantauan rapi pasukan doktor, khususnya berkaitan kecederaan pada organ dalamannya iaitu hati.“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya sentiasa mendoakan agar Umar diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Dalam pada itu, Rizalman merakamkan penghargaan kepada mereka yang sudah bertungkus-lumus memantau perkembangan anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat Rizalman Ibrahim kritikal digilis lori, alami komplikasi organ dalamanARTIKEL BERKAITAN: Rizalman Ibrahim sumbang RM500,000 baik pulih Rumah Komuniti Malaysia di Liverpool“Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak, khususnya keluarga, sahabat handai, para pengikut serta pihak media yang begitu prihatin dan mengambil berat mengenai keadaan Umar. "Demikian juga dengan semua petugas hospital, doktor dan jururawat yang tekun memantau keadaan Umar. Setiap doa dan harapan yang anda semua titipkan menjadi kekuatan yang sangat besar buat kami sekeluarga. "Saya mohon agar semua terus mendoakan Umar supaya diberikan kesembuhan dan kekuatan,” ujarnya. Rizalman mempunyai dua anak angkat lelaki. Pada pagi Ahad, Rizalman memaklumkan Umar terlibat dalam kemalangan apabila dilanggar sebuah lori ais di Wangsa Maju pada Sabtu.Rizalman berkata ketika itu Umar sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum sebuah lori ais yang sedang mengundur dipercayai bertembung dengannya.Kata Rizalman, akibat kejadian tersebut, Umar terperosok di bawah lori dan digilis selama beberapa saat sehingga mengalami komplikasi pada organ dalaman.Selain Umar, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat yang diberi nama Aali Nail yang berusia 13 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube