suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zila Bakarin digelar ‘The Next Hussain’, gembira berkongsi pahala dengan pengundi

Populariti Zila disamakan dengan Hussain (kiri).

PELAKON Zila Bakarin tampil memberikan respons apabila ada netizen menyamakan populariti diraihnya ketika ini menerusi program Kilauan Emas Selebriti (KES) dengan juara Big Stage X Rocketfuel (BSR), Hussain.

Menurut Zila atau Rosmawati Bakarin, 51, dia melihat kekuatan kelab peminat menjadi antara faktor utama seseorang peserta mampu meraih undian tinggi secara konsisten.

"Saya kenal Hussain tetapi tidak mengikuti sangat perkembangannya dalam BSR tempoh hari. 

"Tapi bila orang cakap dia menang setiap minggu, bagi saya semuanya kerana kelab peminat. Orang suka dia. 

Netizen menggelarkan Zila (tengah) sebagai 'The Next Hussain'.

"Alhamdulillah mungkin orang suka saya juga, kita tak boleh paksa orang suka kita," katanya kepada mStar. 

Zila berkongsi perkara itu pada sidang media konsert minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Sabtu. 

Dalam pada itu, Zila mengakui tidak mengetahui siapa yang mengundi dirinya, namun tetap menghargai sokongan diberikan kepadanya.

Malah, Zila berhasrat menyumbangkan wang yang diterima kepada individu memerlukan dan menganggap sumbangan itu turut menjadi hasil usaha para pengundi yang menyokongnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berlakon, Zila Bakarin tubuh kelab peminat buat julung kali ‘penangan‘ aktif di Threads

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin merajuk empat tahun tiada tawaran berlakon, enggan raih simpati tak mahu diejek

"Saya tak tahu siapa yang mengundi tapi terima kasih. Saya memang berniat setiap wang yang saya terima dan sumbangkan kepada individu memerlukan, saya akan sebut bukan dari saya.

"Tapi ia semua daripada pengundi, jadi pahala ini semua akan diterima oleh mereka. Kita kongsi pahala. 

"Saya memang ikhlas, Alhamdulillah gembira bila orang sokong kita," ujarnya. 

Sementara itu, Zila turut menghargai usaha pentadbir kelab peminat (admin), keluarga serta penyokong di Threads yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang penglibatannya dalam KES.

"Di Threads itu ada yang suka dan tidak tapi saya sangat berterima kasih kepada admin kelab peminat yang bertungkus lumus. 

"Admin ini banyak membantu dan keluarga juga selalu beri sokongan. Orang di Threads pun selalu menyokong. 

Persembahan Zila sentiasa berjaya mencuri perhatian penonton.

"Saya pun terkejut menerima undian tertinggi setiap minggu tapi Alhamdulillah undian peserta lain pun dah mula naik minggu ini," katanya. 

Untuk rekod, Zila memenangi kategori Emas Berkilau Of The Week selama dua minggu berturut-turut dalam program KES.

Setiap kemenangan membawa pulang wang tunai RM2,000 yang kemudiannya diserahkan kepada rakan artis yang memerlukan.

Susulan pencapaiannya meraih undian tertinggi pilihan peminat, Zila turut digelar netizen sebagai 'The Next Hussain'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain