suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Arwah itu aras lain“ - Hafiz Hamidun segan Noraniza Idris puji bakat cipta lagu tradisional, disamakan setanding Pak Ngah

Hafiz terharu disamakan seperti Pak Ngah.

KOMPOSER dan penyanyi Hafiz Hamidun berharap bakatnya dalam penciptaan lagu tradisional tidak dibandingkan dengan maestro muzik terkemuka, Allahyarham Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah.

Jelas Hafiz, 42, meskipun berasa segan dan terharu apabila penyanyi Noraniza Idris menyamakan bakatnya itu Bersama Pak Ngah, namun dia tetap menganggap bahawa individu berkenaan berada pada aras yang jauh berbeza.

Tambahnya, kedudukan Allahyarham Pak Ngah dalam sejarah industri muzik tempatan mempunyai keistimewaan tersendiri dan tiada ganti buat mana-mana penggiat seni termasuk dirinya.

Noraniza Idris memuji karya yang dihasilkan Hafiz. 

“Saya sebenarnya segan, memang tidak boleh hendak dibandingkan saya dengan arwah Pak Ngah. Arwah itu aras lain dan merupakan idola saya.

“Bila sebut lagu-lagu tradisional, Pak Ngah memang tiada pengganti. Pada saya, apa yang Kak Ani (Noraniza Idris) katakan itu membuatkan saya terharu sebab beliau lebih mengenali arwah,” katanya.

Menurut Hafiz, dia sebenarnya tidak pernah berpeluang bertemu secara bersemuka mahupun bekerjasama dengan tokoh muzik berkenaan, sebaliknya hanya mengenali Pak Ngah menerusi karya-karya ciptaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun elak digelar ustaz, mahu keluar stereotaip penyanyi lagu Islamik... “Ada yang kata nasyid kena pakai kopiah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafiz Hamidun saran selebriti daftar trademark nama, bimbang ada pihak ambil kesempatan

“Sejujurnya saya mengenali Pak Ngah sekadar menerusi karya-karyanya sahaja dan tidak pernah berjumpa atau bekerja dengan beliau.

“Tetapi saya ucapkan terima kasih apabila Kak Ani, seorang yang sudah lama bekerja dengan Pak Ngah, memberikan gambaran yang sedemikian. 

"Saya harap ia bukan publisiti semata-mata sebab saya memang ada hasilkan lagu untuk Kak Ani bagi projek akan datang,” ujarnya.

Hafiz hasilkan lagu tradisional buat Noraniza Idris. 

Sebelum ini, Noraniza meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menjalin kerjasama bersama Hafiz dalam menghasilkan naskhah lagu tradisional terbaharunya.

Noraniza memuji cara kerja Hafiz yang disifatkannya mempunyai persamaan dengan arwah Pak Ngah kerana memiliki 'jiwa Melayu' yang sangat kuat dalam setiap gubahan muzik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain