suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Lebih selesa sebaya atau beberapa tahun lebih berusia“ - Scha Elinnea idam lelaki pelindung, ada masa depan

Scha Elinnea mempunyai lelaki idamannya yang tersendiri.

PELAKON Scha Elinnea mendedahkan dia kini lebih selesa untuk menjalin hubungan dengan lelaki sebaya atau beberapa tahun lebih berusia berbanding pasangan yang muda daripadanya.

Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 27, menjelaskan dia tidak membayangkan dirinya bakal berpasangan atau berkahwin dengan lelaki yang terlalu jauh perbezaan usia.

“Saya lebih selesa dengan seseorang yang sebaya dengan saya atau mungkin dua hingga tiga tahun lebih berusia. 

Scha selesa dengan lelaki sebaya dengan umurnya. 

"Saya tidak membayangkan diri saya menjalinkan hubungan dengan seseorang yang 10 tahun lebih tua. Saya juga sudah cukup dengan lelaki yang lebih muda. 

"Namun, pada akhirnya usia hanyalah angka. Bagi saya kematangan, pemikiran dan keserasian adalah lebih penting,” katanya melalui hantaran di Insta Story pada Ahad. 

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihan, Scha mengidamkan seseorang yang mampu menjadi tempat untuk dia berlindung dan mempunyai perancangan masa depan yang jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea bukan ‘high maintenance’, mampu sara diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea kekal profesional, rela tahan bau badan rakan artis

“Ciri-ciri yang saya inginkan ialah seorang yang baik, setia, matang dari segi emosi, bertanggungjawab, mempunyai cita-cita dan mementingkan keluarga.

“Seseorang yang boleh menjadi tempat saya rasa selamat dan sahabat baik saya. Paling penting, seseorang yang membolehkan saya menjadi diri sendiri sepenuhnya,” ujarnya.

Scha percaya jodohnya akan tiba apabila waktunya. 

Dalam pada itu, bercakap mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Scha memilih untuk tidak meletakkan sebarang sasaran khusus sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah. 

“Bila sampai masanya. Apabila tiba waktu yang tepat, bertemu dengan orang yang tepat dan semuanya tepat pada waktunya, Insya-Allah,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain