MENYEDARI budaya bersalaman merupakan kebiasaan bagi sesetangah masyarakat, penyanyi Wany Hasrita memilih mengenakan sarung tangan sebagai usaha menjaga batas dengan individu berlainan jantina.Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, dia percaya setiap individu mempunyai pendirian dan cara tersendiri dalam menangani situasi tersebut. "Sebenarnya serba salah juga saya nak ulas mengenai perkara ini. Bagi saya, masing-masing ada pilihan dan pendirian sendiri.Wany mengenakan sarung tangan berwarna hitam sebagai langkah berjaga."Sejujurnya saya faham ada keadaan yang agak sukar untuk dielakkan, terutama apabila mereka menghulurkan tangan sebagai tanda hormat," katanya kepada mStar.Wany berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pratonton drama Impian Di Seoul sempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Ke-9 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.Dia yang merupakan duta sebuah jenama mi segera dari Korea Selatan berkata pengalaman berurusan dengan wakil syarikat berkenaan banyak membuka matanya tentang persediaan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tiada bajet bikin MV ‘Lembayung Tari’, peminat sanggup kumpul dana RM1 seorangARTIKEL BERKAITAN: Sesuka hati guna gambar tulis status janda, Wany Hasrita minta padam… Ara Johari ‘back up’ kawan kena fitnahMenurutnya, ada kalanya sukar untuk menolak pelawaan berjabat tangan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan kerja dan dianggap sebagai tanda hormat."Contohnya hari ini (semalam), saya terpaksa beritahu pihak atasan dari Korea yang saya sedang berwuduk. Alhamdulillah mereka sangat memahami selepas saya jelaskan sebabnya."Mereka sangat menghormati penjelasan saya. Bagi mereka, bersalaman memang budaya biasa, tetapi kita ada cara sendiri untuk menjaga batas," ujarnya.Wany bersarung tangan demi keselesaan semasa berkerja.Justeru itu, dia memilih memakai sarung tangan sebagai salah satu ikhtiar apabila berdepan situasi yang sukar dielakkan."Kalau boleh memang kita elakkan. Tadi (semalam) pun ada juga yang mahu bersalam, mujur saya pakai sarung tangan, jadi bolehlah bersalam."Kalau boleh kurangkan, kita kurangkan. Itu sahaja ikhtiar saya."Sekali lagi saya tegaskan, ini pilihan masing-masing. Saya tidak menghakimi atau mengecam sesiapa kerana setiap orang ada pegangan dan cara sendiri," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube