PENGACARA dan pelakon, Elly Mazlein, mengumumkan bakal kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi pelancaran sebuah single baharu yang kini berada di fasa akhir pembikinan.Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, hasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi sudah lama dipendam. Namun, katanya komitmen yang padat sebagai pelakon, pengacara dan usahawan menyebabkan impian itu tertangguh. "Komitmen saya sekarang banyak termasuklah berlakon, pengacara, bisnes pun ada. Bila saya buat semua ini satu benda (menyanyi) yang saya suka ini dah terlepas. "Saya akan buat lagu baharu untuk semua peminat. Kenapa dah lama tak buat lagu sebab saya sibuk berlakon dan mengacara. Elly bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi."Jadi saya kena korbankan satu iaitu mengacara. Saya kena pilih satu perkara saya untuk diberi fokus utama. Ini hadiah yang sangat besar untuk semua peminat," katanya kepada mStar. Demi memberi sepenuh perhatian kepada projek muzik tersebut, Elly memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berehat sementara daripada tugasan sebagai pengacara televisyen."Buat masa ini untuk kerja-kerja pengacaraan saya berehat sebentar kerana sedang dalam proses beri kejutan buat semua peminat. "Saya nak fokus kepada 'cinta pertama' (menyanyi). Jadi saya gantung mikrofon sebagai pengacara televisyen sebab perlu beri tumpuan kepada buah tangan baharu ini. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elly Mazlein elak stoking warna kulit, pilih putih terang demi elak fitnah... Ustaz Azli minta ambil iktibarARTIKEL BERKAITAN: [V] Pujian Asma’ Harun jadi semangat buat Elly Mazlein kekal istiqamah, ramai minta tutorial tudung tutup dada"Insya-Allah kalau satu hari nanti rindu nak jadi pengacara, mungkin saya akan kembali," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai pembikinan lagu tersebut, Elly berkata projek berkenaan kini hanya menunggu proses akhir sebelum dilancarkan kepada umum."Mesti peminat akan terubat rindu pada Kak Lina (panggilan Elly). Insya-Allah Elly Mazlein Pom Pom akan muncul. "Saya harap single baharu ini dapat dilancarkan secepat mungkin. Elly mahu fokus terhadap bidang nyanyian."Projek ini sudah bermula sejak Mei lalu dan sekarang sudah di fasa akhir untuk menyiapkannya. Saya memang buat kejutan untuk peminat yang sudah lama menunggu," jelasnya. Sementara itu, Elly berharap kemunculannya semula sebagai penyanyi dapat mengingatkan generasi baharu bahawa kerjayanya bermula dalam bidang nyanyian sebelum bergelar pelakon dan pengacara."Saya kembali memeriahkan muzik tanah air. Generasi baru tak tahu saya asalnya seorang penyanyi. Sekarang ini adalah masa tepat untuk memberitahu kepada generasi baru yang saya bermula sebagai penyanyi, kemudian pelakon dan pengacara. "Inilah masa tepat untuk saya kembali dalam dunia muzik, cinta pertama saya. Doakan dan sokonglah saya. Saya mengharapkan lagu baharu nanti dapat mencuri perhatian semua," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!