PELAKON Khai Bahar memilih untuk mengurangkan perkongsian di media sosial selepas menyedari setiap hantarannya sering disalah tafsir segelintir netizen.Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 32, berkata dia kini lebih berhati-hati, termasuk ketika berkongsi rutin harian seperti aktiviti kecergasan di gimnasium. “Saya memang sudah kurang berkongsi di Instagram dan Threads. Kalau di Instagram Story pun sekadar video ringkas sahaja tapi bukan bermakna saya menyepi.Khai mahu elak spekulasi yang boleh ganggu emosi peminat.“Sebelum ini saya pergi gim berkongsi aktiviti itu di media sosial dan tunjuk saya buat perkara yang sihat, tidak lagi dalam dalam kemurungan."Tapi ada yang ambil perkara itu dan jadikan isu kononnya saya sengaja nak tayang. Sekarang dah tak pakai singlet dan saya pakai pakaian sopan sehabis,” katanya kepada mStar.Khai ditemui pada majlis pratonton drama Impian Di Seoul sempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Ke-9 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam ‘brokoli’, ramai tak boleh terima gaya rambut baharu Khai BaharARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar pertahan Yulia Kamelia, nasihat jangan layan komen akaun palsu… Bukan sekali rakan duet kena kecamMenurut penyanyi itu, keputusannya mengurangkan perkongsian bukan kerana trauma dengan kecaman netizen, sebaliknya bagi mengelakkan timbul pelbagai spekulasi yang boleh mengganggu emosi peminat.Malah, dia tidak mahu peminat terlalu memikirkan keadaannya sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka.“Bukan trauma, cuma saya tak nak orang buat spekulasi sendiri, berburuk sangka dan akhirnya melibatkan emosi peminat.Khai kini lebih berhati-hati berkongsi rutin harian.“Saya kasihan dekat mereka. Saya rasa mereka lebih memikirkan emosi saya sampai emosi mereka sendiri terganggu.“Mereka pun ada kerja dan kehidupan masing-masing. Saya hormati aktiviti harian mereka, jadi saya tak nak mereka fokus 24 jam pantau saya,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Khai sekali lagi bergandingan dengan Wany Hasrita menerusi drama vertikal Impian Di Seoul.Drama Impian Di Seoul mengetengahkan konflik emosi dan pelbagai babak tergantung (cliffhanger) yang dijangka membuatkan penonton terus mengikuti setiap episod.Karya terbitan Redcomm itu bakal ditayangkan bermula pada 21 Julai ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!