USAHAWAN dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, berkongsi pandangan mengenai isu cinta berbeza agama, khususnya berkaitan perasaan, kepercayaan dan batas dalam sesebuah hubungan.Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 34, berkata hidayah merupakan hak mutlak Allah, manakala manusia hanya mampu berusaha, menunjukkan contoh yang baik dan menjaga akhlak. Kata Ryzal, seseorang itu tidak seharusnya meletakkan harapan terlalu tinggi apabila menjalin hubungan atau persahabatan dengan individu yang berlainan agama.Ryzal berkongsi pandangan tentang cinta beza agama."Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kita manusia hanya mampu berusaha. "Teruskan berkawan dengan niat baik, jangan letak harapan. "Dalam masa sama, tunjukkan sifat seorang Muslim yang baik," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mencemaskan, anak Ryzal Ibrahim tak sedarkan diri selepas jatuh katil... “Gugur jantung kami”ARTIKEL BERKAITAN: Anak tanya soalan sensitif, Maryam bijak bagi jawapan… “Macam mana omma dapat Rina?”Ryzal berkongsi pandangan tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang pengguna di Threads yang meminta pendapat orang ramai mengenai cinta berbeza agama.Menurutnya, seseorang tidak boleh memaksa atau meletakkan tanggungjawab untuk mengubah kepercayaan orang lain kerana urusan memberi hidayah adalah hak mutlak Allah."Dengan izinNya, siapa tahu Allah jadikan iman dia lebih hebat daripada kita," ujarnya. Ryzal bernikah dengan gadis Korea pada Ogos 2019.Untuk rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Maryam You Nare yang berasal dari Korea Selatan pada 15 Ogos 2019.Maryam bagaimanapun memeluk Islam sebelum bernikah dengan Ryzal. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nik You Rina, 5, dan Nik You Rian yang kini berusia setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!