PENYANYI Zubir Khan tampil menjelaskan kontroversi sesi fotografi praperkahwinan bersama tunang, Heama Maleni Balasubramaniam, yang mengundang pelbagai kecaman di media sosial.Mengakui kesilapan yang dilakukan, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, berkata dia menerima teguran orang ramai berhubung video tersebut yang memaparkan mereka bersentuhan. "Saya tahu hantaran mengenai video pre-wedding itu salah kerana kami bersentuhan tangan. Saya terima kesalahan saya, tapi bab tudung dan ajaran agama jangan risau. Doakan yang baik-baik," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.Zubir berlapang dada dengan teguran peminat.Dalam masa sama, Zubir berkata dia berlapang dada menerima setiap nasihat yang diberikan peminat kerana menganggap ia satu peringatan sesama Islam."Segala teguran dan nasihat saya terima. Saya faham sebagai umat Islam kita kena saling menasihati."Cuma saya nak betulkan, saya tidak masuk agama Hindu. Saya memang lahir beragama Islam. Bakal isteri saya juga sudah memeluk Islam pada Mei lalu," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan dah nak kahwin, bertemu jodoh ‘follower’ gadis India... Sedia pikul tanggungjawab bimbing isteri ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan bukan tak terima hakikat, cuma rindu dengan tangan sendiriMenurut Zubir, tunangnya masih menggunakan nama asal kerana pertukaran nama bukan satu kewajipan di Malaysia selain melibatkan pelbagai urusan rasmi."Nama saja masih sama. Saya juga sudah rujuk kepada pejabat agama Islam, nama tak wajib tukar."Kalau tukar nama akan ada banyak proses yang perlu dilalui. Dia pemegang PhD, jadi perlu tukar semua dokumen termasuk urusan bank. Disebabkan itu undang-undang Malaysia tidak mewajibkan pertukaran nama. Dia memeluk Islam pun dengan rela hati.ZUBIR KHANPENYANYI"Tapi pada kad pengenalan akan tertulis Islam dan dia akan menerima kad hijau sebagai mualaf," jelasnya.Mengulas mengenai penampilan bakal isterinya yang masih belum berhijab, Zubir meminta orang ramai memberikan ruang dan masa untuk wanita itu mendalami Islam.Jelasnya dia juga akan sentiasa membimbing bakal isterinya dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam."Dia hidup 27 tahun sebagai penganut Hindu. Baru tahun ini dia memeluk Islam. Dia seperti bayi yang tidak tahu apa-apa, jadi masih belajar mendalami agama Islam. Semua benda perlukan masa, sama seperti kita.Zubir sedia bantu bakal isteri dalami agama Islam."Saya tak malu pun kalau nak pergi khatam al-Quran semula bersama dia. Perkara itu dapat pahala lebih."Kita tak boleh paksa orang. Saya tahu dalam agama Islam ini tiada paksaan. Dia memeluk Islam pun dengan rela hati dan untuk saya," kongsinya.Untuk rekod, Zubir dan Heama mengikat tali pertunangan pada sekitar April lalu dan bakal bernikah pada hujung Julai ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!