USAHAWAN dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak lelakinya iaitu Rian dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.Menerusi satu hantaran, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehinggakan dia dan isteri, Maryam You Narae terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital. Menurut Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.Hantaran Ryzal di Threads. "Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil."Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke kecemasan," kongsinya di Threads miliknya pada Selasa. Lebih mencemaskan apabila dia dan isteri berusaha sedaya upaya menyedarkan anak mereka sepanjang perjalanan, namun Rian langsung tidak memberi tindak balas meskipun Maryam sudah menjerit memanggil namanya.ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam kongsi foto isteri berpakaian ketat, Ryzal Ibrahim terima teguran dengan hati terbukaARTIKEL BERKAITAN: Ryzal minta maaf, tiada niat letak al-Quran atas sejadah"Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke wad kecemasan tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya."Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan."Berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah," luahnya.Ryzal harap anaknya kembali pulih seperti biasa. Menerusi video yang dikongsikan, Ryzal menunjukkan suasana sangat cemas di dalam kereta menuju ke wad kecemasan. Sebaik sahaja tiba di hospital, Rian kelihatan sudah menyedarkan diri namun berada dalam keadaan lemah serta tidak memberikan sebarang reaksi seperti menangis mahupun berkata-kata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!