suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubai bengang Shila Amzah kena ugut dengan peminat BTS, EXO

Shila terima pelbagai kecaman daripada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

PERSONALITI media sosial Ubai tampil meluahkan rasa berang dan terkilan dengan Tindakan segelintir netizen yang menghantar mesej berbaur makian dan ugutan terhadap isterinya yang juga penyanyi Shila Amzah.

Sedar situasi berkenaan makin melampaui batas, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 28, tampil menegur sikap toksik segelintir netizen yang dianggap sebagai tidak matang itu. 

"Maafkan saya, sedikit teguran. Saya rasa tak perlu sampai DM (mesej) maki hamun, bagi kata-kata kesat dan ugut itu ini," tulisnya di halaman Threads miliknya pada malam Selasa. 

Ubai dedahkan perkara itu di halaman Threadsnya. 

Sebelum ini, Shila didakwa membuat perbandingan antara dua kumpulan gergasi K-Pop antarabangsa iaitu BTS dan EXO.

Perkara tersebut secara tidak langsung mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat tegar kedua-dua kumpulan berkenaan sehingga mencetuskan perbalahan. 

Shila bagaimanapun mengambil langkah pantas dengan menurunkan hantaran tersebut sebelum tampil memohon maaf secara terbuka serta menjelaskan niat asalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert punya fasal, Shila Amzah turunkan berat badan... Seloroh mahu nampak muda seiring suami

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depan

Dalam pada itu, Ubai mendedahkan dia ada membalas semula mesej-mesej ancaman tersebut dengan mengajak individu terbabit bersemuka.

Namun, kesemua individu berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab atas kata-kata kesat yang dilemparkan. 

"Kebanyakan yang saya DM ajak jumpa, semua tak balas. Ada seorang sahaja yang balas, itu pun tak mahu jumpa.

"Semua tak guna akaun yang betul. Tahu-tahu hilang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain