suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna AI ada had, Najwa Latif mahu pelajar berfikir idea sendiri siapkan tugasan

Najwa berkongsi pandangan berkenaan isu pelajar menggunakan teknologi AI.

PENYANYI dan pensyarah, Najwa Latif mengingatkan pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT ketika menyiapkan kerja akademik.

Menurut Najwa, penggunaan AI perlu dilakukan dalam had yang ditetapkan kerana pelajar masih perlu menggunakan pemikiran kritis dan idea sendiri dalam menghasilkan tugasan. 

"Tugas saya sebagai pensyarah untuk menegur sebab kita ada had kan kalau nak guna AI dan sebagainya. 

“Jika sudah melebihi had, saya akan menasihati mereka dan membimbing mereka tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Najwa menegur pelajar yang didapati terlalu bergantung kepada teknologi AI.

"Setiap pelajar sangat particular tentang ini kerana semua pensyarah highlightkan perkara ini dalam kelas. Semua pelajar saya budak-budak baik, Alhamdulillah," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Najwa mengakui teknologi AI sememangnya mampu memberikan manfaat sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, katanya penggunaan teknologi berkenaan tidak seharusnya menyebabkan pelajar mengabaikan pemikiran kritis ketika menyelesaikan tugasan.

"Bagi setiap teknologi yang ada memberi kebaikan sekiranya kita menggunakan dengan cara yang betul. 

ARTIKEL BERKAITAN: Visual AI papar Najwa Latif tidak bertudung, syarikat elektronik sudah mohon maaf... “Mereka ambil video suami dan buka aurat saya“

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif selamat bersalin cahaya mata pertama

"Kalau pelajar buat tugasan dah tak guna otak sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada AI, ia sudah menjadi satu kesalahan. 

"Kena ada pemikiran kritis juga dalam proses siapkan setiap tugasan," ujarnya. 

Mengulas mengenai cabaran mengajar golongan Gen Z, Najwa berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang sukar, malah seronok dapat berinteraksi dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang.

Najwa gembira menjadi seorang pendidik.

"Bagi saya sangat seronok, dapat berjumpa dengan pelbagai pelajar. Setakat ini mereka berani untuk bercakap dan terbuka memberi pendapat. 

"Saya suka kerana dalam kelas memang saya mahu pelajar-pelajar ambil bahagian. Alhamdulillah saya ada pelajar yang rajin dan sangat menghargainya. 

"Saya tak rasa susah kerana setiap generasi ada perbezaannya, cuma rasanya tak banyak beza pun dengan tujuh tahun lalu sewaktu saya mula mengajar," katanya. 

Untuk info, Najwa merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris yang kini sedang bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain