USAHAWAN Datin Eriyca Baiduri mendedahkan suaminya, Datuk Muhammad Azri Che Noh pernah tiga kali menolak tawaran penganugerahan Datuk kerana menganggap dirinya belum bersedia sebelum ini.Menurut Eriyca, keputusan suaminya menerima gelaran itu pada kali ini kerana Azri dianugerahkan darjah kebesaran itu dari Melaka, negeri kelahirannya. "Sebelum ini mungkin dia tidak bersedia lagi jadi terpaksalah menolak," katanya kepada mStar. Eriyca (kiri) bangga dengan kejayaan suami dalam bidang perniagaan.Dalam pada itu, Eriyca memberitahu sikap merendah diri yang ada pada Azri, 47, membuatkan suaminya berasa masih belum cukup banyak memberi sumbangan untuk menerima gelaran tersebut. "Sebelum ini mungkin dia rasa macam sumbangannya tak cukup besar sangat. "Bila dia rasa dah tiba waktunya, baru dia terima," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Madammu pandu 10 jam ke Surabaya untuk terbang pulang KL, elak terkandas di JakartaARTIKEL BERKAITAN: Kekal imej bertudung selepas pulang umrah, Madammu dipuji semakin cantikEriyca bagaimanapun mengakui penerimaan gelaran Datuk bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia hadir bersama tanggungjawab dan penghormatan yang perlu dipikul."Nak bawa gelaran itu bukan mudah, kita tak mahulah sambil lewa saja. Kena betul-betul bersedia. "Kali ini saya cakap terima sajalah, mungkin sudah tiba masanya untuk beri penghargaan buat diri sendiri," katanya. Pada 26 Ogos lalu, Azri menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk bersempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.Eriyca sentiasa memberikan sokongan penuh buat suami.Untuk rekod, Eriyca mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Kayden yang kini berusia dua tahun. Azri pula mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube