suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantaran media sosial Kaka Azraff bukan tuju pada bekas suami, hubungan baik selepas cerai

Perkongsian Kaka di Threads sering menimbulkan tanda tanya ramai.

PENYANYI Kaka Azraff menegaskan perkongsian serta luahan yang dimuat naik di aplikasi Threads tidak pernah ditujukan kepada mana-mana individu, terutamanya bekas suami.

Nor Atiqa Noor Azraff, 37, menjelaskan setiap hantaran berkenaan ditulis secara umum mengenai pengalaman hidup yang pernah dilaluinya selain kisah insan di sekelilingnya. 

Malah, Kaka memaklumkan bahawa hubungannya bersama bekas suami berada dalam keadaan baik demi membesarkan anak-anak mereka.

Kaka menjelaskan sebab perkongsian di aplikasi Threads miliknya. 

“Apabila saya bercerita apa-apa pun, ia bukannya spesifik tentang seseorang. Saya memang bercakap berdasarkan pengalaman sendiri dan juga cerita daripada orang sekeliling.

“Bukan (ditujukan kepada bekas suami). Alhamdulillah, bekas suami dengan saya dapat bersama-sama jaga anak. Cuma benda ini pertama kali untuk kami hadapi, jadi kami masih dalam fasa mencari kesesuaian. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar di majlis sidang media pengumumkan pengacara, persembahan, dan penyampai Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Status ibu tunggal punca Kaka Azraff menyanyi semula - “Saya mahu jaga anak-anak tanpa meraih bantuan“

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff akui tak mudah hidup sebagai ibu tunggal

Menurut Kaka, dia mula bersuara dan membuat perkongsian di media sosial didorong oleh pelbagai fasa duka dan gembira yang pernah dilaluinya.

“Saya rasa saya dah dekat fasa yang melalui semuanya iaitu kehilangan ibu bapa, kehilangan adik-beradik, perceraian, perkahwinan, anak. Jadi saya rasa ada sesuatu untuk dikongsikan.

“Dulu sewaktu dalam situasi sukar, saya suka cari cerita orang yang boleh dikaitkan dengan saya untuk bagi fikiran terbuka. Jadi niat saya berkongsi supaya mereka yang berada dalam keadaan sama boleh dapat motivasi untuk bangun jadi kuat.

Saya memang bercakap berdasarkan pengalaman sendiri dan juga cerita daripada orang sekeliling

KAKA AZRAFF 

PENYANYI

“Fokus saya memang ke arah pemerkasaan wanita dan ibu-ibu tunggal,” ujarnya.

Kaka turut bersyukur apabila perkongsian jujurnya itu mendapat maklum balas positif daripada netizen yang turut saling bertukar cerita dengannya menerusi mesej peribadi.

“Bercerita dengan orang perlu, menulis jurnal (journaling) perlu, tetapi menulis lagu adalah tempat yang paling tepat untuk saya luahkan tanpa tapis.

Kaka sering berkongsi kata-kata semangat buat golongan ibu. 

“Selepas saya berkongsi, ramai yang DM bercerita situasi mereka yang lebih teruk dan ucap terima kasih. Bila dengar cerita orang, ia buat saya sendiri rasa tidak berseorangan,” katanya.

Kaka sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila beberapa hantarannya di Threads seolah-olah memberi gambaran ia ditujukan kepada bekas suaminya.

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018, namun bercerai talak dua pada 4 Jun lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain