suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit ditipu novelis popular, ribuan ringgit lesap tapi projek drama tak wujud

Penerbit tuntut bayaran semula daripada novelis terkenal. -Gambar hiasan AI

SEORANG penerbit mendakwa kerugian ribuan ringgit selepas terpedaya dengan janji seorang novelis atau penulis skrip terkenal yang dipercayai mempunyai projek drama untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen.

Menurut penerbit yang enggan didedahkan identitinya itu, pada awalnya novelis berkenaan menawarkan peluang untuk karya mereka disiarkan di sebuah stesen televisyen dengan bantuan dan pengaruhnya dalam industri pada Februari lalu.

Katanya, atas dasar percaya memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, dia bersama seorang rakan bersetuju menjalinkan kerjasama tersebut.

Penerbit terpedaya dengan tawaran yang diberikan. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, mereka diminta merahsiakan perkara berkenaan atas alasan menjaga integriti.

“Sebenarnya, kami bukan satu-satunya syarikat yang terpedaya. Ramai syarikat lain turut terpedaya dengan lakonan dan drama yang dibuat oleh seorang penulis skrip yang juga novelis. Individu ini memang dikenali dalam industri.

“Kami terpedaya dengan janji yang diberikan kepada kami. Kami diberitahu mengenai satu projek drama, termasuk dakwaan bahawa projek itu sudah diluluskan sebanyak 26 episod oleh sebuah stesen televisyen.

“Dia menawarkan kepada kami peluang untuk mengendalikan projek tersebut. Saya ketika itu memang teruja kerana kami syarikat baharu dan peluang seperti itu bukan mudah untuk diperoleh,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan dakwa ditipu penerbit dan pelakon popular, mahu tuntut semula RM16,000... Kucing masuk ICU antara alasan tangguh bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu Artis, Penerbit Teater Tuntut Hutang RM1 Juta

Berkongsi lanjut, penerbit berkenaan berkata kecurigaan mula timbul apabila dia diminta membuat pembayaran ke akaun milik novelis tersebut dan bukannya kepada pihak stesen televisyen.

“Dia kata kami perlu menyediakan sejumlah wang untuk kerja-kerja groundwork dan penyediaan proposal.

“Ketika itu, saya faham wang tersebut adalah bayaran untuk kerja menyediakan proposal dan proses berkaitan. Saya tidak menyangka ia mempunyai kaitan dengan perkara lain.

“Dia juga memberi gambaran bahawa proses itu dilakukan secara rasmi walaupun projek tersebut dikatakan sudah mendapat kelulusan daripada stesen televisyen,” ujarnya.

Kami akan mengambil tindakan undang-undang.

PENERBIT

Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, penerbit itu mendakwa tiada perkembangan mengenai projek berkenaan seperti yang dijanjikan.

Malah, novelis tersebut juga dikatakan semakin sukar dihubungi apabila pihaknya cuba mendapatkan penjelasan mengenai status projek.

“Tapi saya mula berasa curiga kerana proses tersebut terlalu lama dan tidak menunjukkan perkembangan seperti yang dijanjikan.

“Saya beberapa kali bertanya mengenai status projek tetapi jawapannya hanya mengatakan semuanya masih dalam proses dan meminta saya bersabar.

Penerbit bersama rakan kongsi tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

“Kadang-kadang WhatsApp pun mengambil masa berminggu untuk dia balas,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihaknya kemudian membuat semakan dan mendapati dakwaan mengenai perbincangan bersama stesen televisyen seperti yang dijanjikan sebelum ini sebenarnya tidak berlaku.

“Sekiranya dia tidak membuat sebarang bayaran kepada saya dalam tempoh terdekat ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain