suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amyra Rosli bersalin anak ketiga, Amar Baharin titip doa buat cahaya mata lelaki

Amyra (kanan) selamat melahirkan bayi lelaki.

PELAKON Amar Baharin berkongsi berita gembira apabila isterinya, pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Rabu. 

Amar atau Amar Mohd Baharin, 41, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran berjalan lancar dan bayi serta isterinya berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah isteri saya telah selamat melahirkan. 

"Bayi sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat, melalui proses penyembuhan. 

Amar dan Amyra (kiri) teruja menyambut kelahiran anak ketiga.

Amar dan Amyra (kiri) teruja menyambut kelahiran anak ketiga.

"Terima kasih buat keluarga, sahabat dan smua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian," katanya. 

Amar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. 

Dalam pada itu, Amar turut menitipkan doa buat cahaya matanya agar sentiasa diberikan kesihatan, iman dan akhlak yang baik.

"Ya Allah, berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli umum hamil anak ketiga 

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berjauhan dengan suami, Amyra Rosli sebak lepaskan Amar Baharin sertai misi kayuhan ke Makkah

"Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindunganMu," ujarnya. 

Pada Julai lalu, Amyra memaklumkan dia sedang hamil anak ketiga menerusi perkongsian sebuah video bersempena sambutan hari lahir Amar.

Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2 November 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Ayra Aryssa, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain