suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eyra Hazali tegur wanita berhijab dedah aurat demi trend ’Foto 80-an’, bimbang gambar disalah guna

Eyra (kiri) menegur wanita berhijab berkongsi foto trend 80-an (gambar hiasan).

PELAKON Eyra Hazali menegur segelintir wanita berhijab yang menyertai trend foto era 1980-an menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menampakkan rambut dan aurat.

Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 28, berkata walaupun foto berkenaan dihasilkan menerusi suntingan atau AI, aurat yang dipaparkan tetap perlu dijaga.

"Untuk wanita yang sertai trend 80-an itu, saya hanya nak kongsikan peringatan untuk kita yang bertudung ini. 

Gambar hiasan: Eyra berkongsi 

"Walaupun gambar itu sekadar edit atau AI, aurat yang terpapar tetap dikira aurat kita," katanya. 

Eyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Khamis. 

Dalam pada itu, Eyra turut mengingatkan wanita berhijab supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik foto sedemikian di media sosial kerana bimbang ia disimpan atau disalahgunakan pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan menidakkan pengalaman orang” - Eyra Hazali buka mulut isu ‘anak bunian’, kesal wujud fitnah tak benar

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq Nadzli terima banyak DM wanita, Eyra Hazali tahu ‘password’ suami

"Tambah pula bila kita kongsikan di media sosial, risiko gambar itu kena screenshot atau disalah guna oleh orang lain sangat tinggi. 

"Saya sayang anda semua, jadi jangan kongsikan ya," ujarnya. 

Pengguna hanya perlu memasukkan foto masing-masing sebelum imej berkenaan diubah mengikut konsep dan gaya fesyen sekitar era tersebut.

Bagaimanapun, trend berkenaan turut menimbulkan perhatian apabila terdapat wanita berhijab yang berkongsi hasil suntingan sehingga rambut dan aurat mereka kelihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain