suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Redza Rosli lesap ikut pintu belakang elak media, beri alasan ke tandas lepas pelancaran drama

Redza sekali lagi mengelak daripada ditemu bual media.

PELAKON Redza Rosli sekali lagi mengelak daripada ditemu bual ketika menghadiri sidang media Pentas Drama TV Alhijrah 2026 pada petang Khamis.

Sejurus pelancaran program, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 34, memberi alasan kononnya mahu ke tandas sebelum sesi sidang media bermula. 

Bagaimanapun, selepas itu Redza rupanya dilihat bergegas menuju ke kereta menerusi pintu belakang bangunan lokasi majlis itu.

Kelibat Redza melarikan diri selepas pelancaran drama lakonannya atas alasan mahu ke tandas.

Redza sekaligus berjaya melarikan diri daripada sesi temu bual yang sudah dirancang bersama media.

Tindakan Redza itu dipercayai kerana dia menyedari sedang menjadi tumpuan media bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu rumah tangganya.

Redza menghadiri majlis itu bagi mempromosikan telefilem lakonannya bertajuk Azan Terakhir Seorang Banduan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Minta maaf ya!” Itu jawapan Redza Rosli selepas keluar dari mahkamah Syariah bersama isteri, peguam 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Redza Rosli jelas spekulasi muncul di pejabat agama

Pada Khamis, rumah tangga Redza dan isteri Bella atau Farhana Nabila Rosman, 30, dikatakan berdepan masalah apabila mereka dilihat muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Namun, Redza yang ditemui pemberita di luar mahkamah enggan memberi sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka yang turut ditemani peguam.

Aktor berkenaan sekadar menyapa dengan memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka di mahkamah.

Perkahwinan Redza dan Bella 'dikatakan' bermasalah apabila pasangan itu hadir ke mahkamah Syariah pada Rabu.

Sebelum ini, Bella pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut apabila memuat naik foto di sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di platform Threads, Bella menjelaskan ramai pengikut salah faham mengenai perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram Instastory ketika itu.

Menurut Bella, kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya berkaitan dengan urusan perceraian.

Untuk rekod, Redza mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 21 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain