suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sekarang satu pun tiada“ - Elizabeth Tan idam dua anak sebelum umur 35, jalani IVF selepas tiga tahun ‘mencuba‘

Elizabeth dan suami, Dr Siew sudah lima tahun berkahwin tapi belum ada anak.

SELEPAS hampir tiga tahun berusaha mendapatkan zuriat, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan berhasrat untuk menimang sekurang-kurangnya dua cahaya mata sebelum berusia 35 tahun.

Elizabeth atau Elizabeth Tan Su Mei, 32, berkata selain impian untuk bergelar ibu, dia mahu ibu bapanya yang semakin berusia berpeluang mengenali dan melihat cucu mereka membesar.

"Tahun ni saya dah berumur 32 tahun. Kami dah mula cuba daripada umur saya 30 tahun.

Elizabeth dan suami sudah cuba dapatkan anak selama tiga tahun.

"Kalau boleh sebelum 35 tahun, saya nak dua orang anak. Sekarang satu pun tiada. Ibu bapa saya pun dah tua. 

"Saya nak mereka kenal anak-anak saya. Melihat anak-anak saya membesar. Saya buat untuk mereka dan diri saya juga,” katanya kepada mStar.

Elizabeth ditemui pada sidang media pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan berlangsung di 10 Stars Cinema, Hextar World Empire City, Petaling Jaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan kesuburan gagal, Elizabeth Tan sedia buat IVF untuk timang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Elizabeth Tan mahu jual seluar dalam jenama sendiri tapi takut kena kecam

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia kini sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memasukkan embrio selepas menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Kongsi Elizabeth, pada mulanya dia terfikir untuk meneruskan proses tersebut sebelum menjalani penggambaran sebuah filem berskala besar tahun depan.

"Saya sebenarnya tengah buat keputusan sama ada saya nak masukkan (telur) sekarang atau buat filem dahulu. 

“Tahun depan saya akan menjalani penggambaran sebuah filem berskala besar. 

“Tapi saya rasa saya kena buat filem dahulu. Selepas habis penggambaran nanti, barulah saya akan terus masukkan embrio,” ujarnya. 

Elizabeth enggan letak harapan tinggi cuma berharap dapat hamil secara semula jadi.

Bagaimanapun, Elizabeth mengakui tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap rawatan IVF yang sedang dilaluinya.

Malah, dia menganggap IVF bukan pilihan pertama bagi mana-mana wanita yang berdepan masalah mendapatkan zuriat kerana kehamilan secara semula jadi tetap menjadi harapan utama.

"Saya tak mahu berharap apa-apa. Tiada orang yang nak buat IVF sebagai pilihan pertama. Kalau boleh semua nak mengandung natural

“Saya sebenarnya tak mahu terlalu teruja dan tak mahu letakkan harapan. Saya pernah buat IUI sebanyak dua kali, tak lepas juga. Kita dah cuba setiap bulan pun tak lekat. IVF tak semestinya menjadi,” katanya. 

Pada Ogos lalu, Elizabeth memaklumkan dia sedang menjalani rawatan IVF sebagai usaha mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berusaha.

Elizabeth berkata selain sokongan daripada suami, dia turut berharap orang ramai dapat mendoakan agar proses yang dilaluinya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Untuk rekod, Elizabeth dan Dr Siew mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth membintangi filem seram Pemuja Syaitan yang juga naskhah layar lebar pertama arahan Liyana Jasmay.

Filem berkenaan menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama dengan barisan pelakon utama lain seperti Nadhir Nasar dan Aila Azizul.

Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menjengah pawagam bermula 15 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain